Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lan.jur] | ترلنجور

Definisi : 1. tersorong ke depan: ~ perahu boleh ditarik; 2. terlampau, melebihi batas, sudah melakukan (memperkatakan dll) sesuatu: saya minta maaf atas segala perbuatan saya yg ~ itu; perangaimu memang sudah ~; 3. = terlanjurkan senyampang, justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah baik-baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lan.jur] | ترلنجور

Definisi : 1 terdorong; terlangsung: ~ perahu boleh ditarik. 2 sudah memperkatakan atau melakukan sesuatu; melebihi batas: Apa boleh buat, sudah ~ kata. 3 kebetulan; justeru: ~ ada peluang belajar, eloklah kamu mengambilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanjur
Kata Terbitan : melanjurkan, terlanjur, keterlanjuran,

Puisi
 

Hujan ribut kita ke pulau,
     Anak kekati menebar wang;
Terlanjur hidup kita bergurau,
     Sudah mati tergolek seorang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Galas terdorong kepada Cina.

Bermaksud :

Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Gadai terdorong ke [pada] Cina).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
unsayvt menarik balik: once you have said such things you can never ~ them, apabila kamu sudah terlanjur kata kamu tdk dapat menariknya balik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
undo2. cancel, [various translations]: the embezzlement has ~ne all the good he has done, penggelapan wang yg dilakukannya itu telah memusnahkan segala kebaikan yg telah dilakukannya; the damage is done and cannot be ~ne, perkara itu sudah terlanjur dan tdk dapat dibaiki lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
way~ of life, cara hidup; ~ of the world, lumrah /alam, dunia/; /across, over/ the ~, (fairly colloq) di seberang sana: the shops are just across the ~, kedai-kedai itu cuma di seberang sana; they live over the ~, mereka tinggal di seberang sana; all the ~, a. the whole distance, sepanjang perjalanan: they chatted all the ~ back, mereka berbual sepanjang perjalanan pulang; b. completely, [various translations]: she filled the pail all the ~, dia mengisi baldi itu sampai penuh; they played the game all the ~ through, mereka bermain sampai tamat; c. to the limit (esp of sexual activity) terlanjur: they went all the ~ and now she’s pregnant, mereka sudah terlanjur dan kini gadis itu mengandung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
availvi; ~ little, do not ~, a. be of no value, tdk bermakna: money and status ~ little in such places, wang dan pangkat tdk bermakna di tempat yg spt itu; b. be ineffective, sia-sia sahaja: it ~s little to cry over spilt milk, sia-sia sahaja menyesali sst yg sudah terlanjur; heroism could not ~ against enemy fire, kewiraan itu sia-sia sahaja utk melawan tembakan musuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hastyadj 1. hurried, quick, segera, cepat: he made a ~ denial when they accused him of it, dia membuat penafian segera apabila mereka menuduhnya melakukan perkara itu; a ~ retreat, pengunduran segera; 2. rash, precipitate, a. (gen) terburu-buru, tergesa-gesa: he regretted his ~ decision, dia menyesali keputusannya yg terburu-buru; ~ preparations, persediaan yg tergesa-gesa; b. (of person) bertindak /terburu-buru, tergesa-gesa/; c. (of words) terlanjur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bite/~, kiss/ the dust, (rhet) die, gugur; ~ off more than one can chew, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga; ~ o’s lips, mengetap bibir; ~ so’s head off, menengking sso; ~ the hand that feeds one, mengkhianati orang yg menolong sso; be bitten with, mabuk, gila: he had been bitten with a love of motorcycles, dia gila motosikal; could have bitten o’s tongue off, menyesal krn /terlepas, terlanjur/ cakap; what’s biting you, (colloq) apa kenanya awak ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas