Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.la.rang] | ترلارڠ

Definisi : tidak boleh dikerjakan, tidak di­benarkan, tertegah: perbuatan ~ di sisi agama hendaklah dijauhkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlarang

Peribahasa

Pantang elang dengan ayam,
     lambat-laun disambarnya juga.

Bermaksud :

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, c. Seperti rabuk dengan api). pantang = sesuatu yang terlarang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
common plightumum balwaEkonomiEkonomi IslamUnsur terlarang syarak yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar dielakkan. Aktiviti yang mengandungi unsur terlarang ini terpaksa dilakukan yang berpunca daripada sifat aktivitinya yang melibatkan ramai orang daripada berbagai bangsa dan agama serta masyarakat antarabangsa. Contohnya, dividen daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan riba daripada simpanan tetap bank konvensional.
prohibited botanicalherba terlarangHerbaPeraturan dan PemasaranBahan atau ramuan herba yang dilarang digunakan dalam sebarang produk herba dan kosmetik. Dokumen Panduan Pendaftaran Ubat Malaysia menyatakan bahawa terdapat dua senarai herba terlarang, iaitu senarai herba haram dan senarai herba yang mengandungi racun berjadual yang disenaraikan di bawah Akta Racun 1952.
passive threatancaman pasifTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAncaman yang dilakukan terhadap pemilik data, iaitu pengguna hasad mengugut untuk mendedahkan kandungan data yang dipintas secara terlarang kepada pihak tertentu atau orang ramai. Ancaman ini tidak melibatkan pengubahsuaian data, tetapi hanya pengumpulan data yang terlarang.
illegal economyekonomi menyalahi undang-undangKriminologiKeadilan JenayahEkonomi yang berdasarkan aktiviti perdagangan atau komersial yang bertentangan dengan undang-undang. Lazimnya, aktiviti yang terlibat termasuklah pengeluaran dan pengedaran barangan perkhidmatan yang terlarang. Contohnya, penyediaan perkhidmatan seksual atau penjualan bahan terlarang seperti dadah.
forbidden regionkawasan terlarangFizikTiadaTiada
forbidden linegaris terlarangFizikTiadaTiada
forbidden bandjalur terlarangFizikTiadaTiada
forbidden bandjalur terlarangKejuruteraanTiadaTiada
forbidden digitdigit terlarangKejuruteraanTiadaTiada
forbidden codekod terlarangKejuruteraanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas