Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.pas] | ترلڤس

Definisi : 1. telah lepas atau dilepaskan: Mawi berfikir tentang perkataannya yg ~ itu; tangannya yg berpaut pd baju Badri itu ~ ke bawah; 2. tidak ditimpa (dilanda dsb) sesuatu, bebas (drpd sesuatu yg tidak baik): beliau ~ drpd kelemahan dlm menghujahkan aspek-­aspek estetika dlm karya sastera; ~ drpd tetek­ bengek kebencian; 3. bp, ki terlewat, melebihi (umur dll); ~ cakap mengatakan sesuatu dgn tidak sengaja; ~ perhatian tidak memberi perhatian kpd sesuatu hal dsb dgn tidak sengaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.pas] | ترلڤس

Definisi : telah lepas atau dilepaskan; bebas: Joran kailnya ~ dan terus tenggelam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Puisi
 

Bukit runtuh sehari semalam,
     Kayu terlepas beribu ratus;
Sauhnya putus kapal tenggelam,
     Harapan kami jangan diputus.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Terlepas dari mulut buaya,
     masuk ke mulut harimau.

Bermaksud :

Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PYTHEAS

Pytheas ialah penjelajah Yunani yang hidup

pada akhir tahun 300-an S.M. Pytheas terlepas

daripada kepungan tentera laut Carthaginia di

Gibraltar dan dapat meneruskan penjelajahannya

ke pantai utara Eropah. Dia belayar mengelilingi

Britain , dan menerokai kawasan tersebut. Pytheas

mendengar banyak cerita tentang tanah

bermisteri yang dikenal sebagai Thule, yang

berkemungkinan Norway.

UMUM 
NIELSEN, CARL AUGUST

Nielsen, Carl August (1865–1931), salah seorang

penggubah Denmark yang agung. Sebahagian besar

muziknya telah terlepas perhatian semasa hayatnya

tetapi menjadi popular pada peringkat antarabangsa

selepas kematiannya.

UMUM 
NIRVANA

Nirvana ialah istilah yang digunakan dalam

setengah-setengah agama orang India, terutama

Buddha, untuk memerikan kedamaian dan rahmat

yang abadi. Dengan tercapainya nirvana, seseorang

itu terlepas daripada kitaran kematian dan kelahiran

yang menyakitkan dan berterusan. Kitaran ini

berlaku disebabkan oleh keinginan seseorang

individu terhadap duniawi seperti gilakan

kemasyhuran, keabadian, dan kekayaan.

UMUM 
NEMESIS

Nemesis ialah dewi yang dianggap kurang

penting dalam mitos Yunani. Dewi Nemesis ialah

lambang kepada semangat membalas dendam.

Nemesis memastikan bahawa sesiapa yang

melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada

hukuman. Sebagai dewi yang membalas perbuatan

jahat, dia ialah alat kepada keadilan. Hari ini,

perkataan nemesis bermaksud balasan, atau alat

kepada pembalasan.

UMUM 
MAT JENIN

MAT JENIN, cerita jenaka Melayu.  Biasanya cerita ini dituturkan pada waktu tertentu sebagai bahan hiburan.  Cerita ini bermula dengan watak Mat Jenin, seorang pemuda miskin yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok kelapa.  Sambil memanjat pokok kelapa dia berangan-angan untuk menjadi kaya.  Upah yang diperoleh daripada memanjat pokok kelapa itu akan dibelinya ayam.  Ayam itu kemudian dijualnya dan dibelinya kambing.  Kambing itu dijual dan dibelinya lembu. Kemudian lembu itu dijual, lalu dia membeli kerbau.  Kerbau itu dikumpulkannya dan dibelinya rumah dan tanah.  Apabila kaya, dia akan berkahwin dengan puteri raja.  Oleh sebab terlalu gembira dengan angan-angannya, tangannya terlepas daripada memegang pelepah kelapa.  Dia jatuh ke tanah lalu mati.

SASTERAKarya

Kembali ke atas