Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ma.kan] | ترماکن

Definisi : 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ma.kan] | ترماکن

Definisi : 1 dpt dimakan; habis dimakan: Padinya banyak sehingga tidak ~ oleh keluarganya. 2 memakan sesuatu dgn tidak sengaja: ~ racun. 3 ki dpt diterima akal: Kata-katanya itu ~ juga oleh para hadirin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata termakan

Puisi
 

Kelapa menjadi santan,
     Asal santan menjadi minyak;
Jika ada buah termakan,
     Burung liar menjadi jinak.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Termakan (di)cirit berendang.

Bermaksud :

Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ergotismergotismeBiologiMikologiMikotoksikosis akibat termakan alkaloid ergot, misalnya pada roti yang dibuat daripada biji-bijian berpenyakit ergot.
poisoningkeracunanPerubatanTiadaKeadaan akibat termakan racun, sama ada racun kimia atau racun mikroorganisma. Antara gejala keadaan ini ialah mual, muntah-muntah dan sakit perut. Misalnya, keracunan makanan dan keracunan akibat dadah.
Amanitamuscaria poisoningkeracunan AmanitamuscariaKimiaForensikKeracunan akibat termakan cendawan Amanita muscaria. Cendawan ini mengandungi alkaloid muskarina yang menyebabkan keracunan dalam masa beberapa minit hingga 2 jam. Gejala keracunan termasuk peliuran, berpeluh, muntah, sukar bernafas, kejang abdomen, dan cirit-birit. Dalam kes teruk, keracunan ini mengakibatkan konvulsi, koma dan kegagalan peredaran darah. Tanpa rawatan, kematian akan terjadi akibat kerosakan hati.
zinc salt poisoningkeracunan garam zinkKimiaForensikKeracunan akibat termakan atau tersedut garam zink terlarut, misalnya zink klorida dan zink sulfat. Gejala keracunan termasuk rasa pedih pada mulut dan kerongkong, muntah, cirit-birit, sakit abdomen dan dada, dan dalam kes teruk, kejutan dan koma. Had pendedahan ialah 0.002 mg/L.
food intoxicationintoksikasi makananMakanan dan PemakananTeknologi MakananKeracunan yang disebabkan termakan makanan yang mengandungi toksin yang dikeluarkan oleh sesetengah bakteria seperti Clostridium botullinum dan Staphylococcus aureus. Gejala am intoksikasi makanan ialah cirit-birit, loya, sakit perut, dan muntah.
siguatera poisoningkeracunan siguateraMakanan dan PemakananTeknologi MakananKeracunan yang terjadi akibat termakan ikan atau makanan laut yang mengandungi toksin sigua atau yang berkait dengannya. Toksin ini dikeluarkan oleh sejenis flagelat, iaitu Gambierdiscus toxicus. Flagelat ini dimakan oleh ikan kecil yang kemudiannya dimakan oleh ikan besar, dan akhirnya dimakan oleh manusia. Gejalanya ialah loya, muntah, cirit-birit, gangguan saraf dan boleh juga membawa maut.
botulismbotulismeMakanan dan PemakananTeknologi MakananKeracunan makanan yang boleh membawa maut disebabkan termakan toksin yang dikeluarkan oleh bakteria anaerobik, Clostridium dalam makanan. Makanan yang menyebabkan kejadian botulisme mungkin kelihatan normal, tetapi selalunya berbau busuk.
trichinosistrikinosisPerubatanTiadaInfeksi yang disebabkan oleh cacing nematod usus, Trichinella spirallis. Infeksi ini terjadi akibat termakan daging babi yang kurang masak. Kebanyakan infeksi tidak menunjukkan gejala; dalam keadaan yang teruk, terdapat empat gejala patognomonik, iaitu edema di sekeliling mata, demam, sakit otot dan hipereosinofilia.
radiation hazardmudarat sinaranKimiaTiadaBahaya yang timbul akibat pendedahan berlebihan kepada sinaran mengion atau akibat termakan bahan radioaktif.
amatoxinamatoksinBiologiMikologiToksin yang dihasilkan oleh beberapa spesies Amanita dan cendawan lain. Bahan ini sangat beracun dan gejala keracunannya yang ditunjukkan pada manusia yang termakan cendawan yang menghasilkan bahan ini, termasuklah hipoglisemia, radang hati, dan gangguan pada buah pinggang yang dapat menyebabkan kematian. toksin amanita.
12

Kembali ke atas