kata penguat "termasyhur sekali" "terkenal sekali" betul atau salah? Jawapan yang DBP bagi pada tahun 2015: Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. Namun, saya terjumpa soalan ini yang ditanya pada tahun 2008: Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Jawapan yang DBP bagi pada tahun 2008: Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan. Nak tanya sebenarnya mana yang betul?TQ | Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. | Tatabahasa | 16.02.2016 |
kata penguat "termasyhur sekali" "terkenal sekali" betul atau salah? | Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. | Lain-lain | 07.05.2015 |
Terengganu merupakan negeri yang termasyhur sekali dalam bidang tenunan songket di Malaysia. Apakah kesalahan yang ada dlm ayat tersebut? | Penanda darjah penghabisan ter-, paling dan sekali tidak dapat hadir serentak dalam satu binaan. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Maha bermaksud sangat, amat, berkuasa, hebat, besar, agung, tertinggi, termulia, terpenting, terkenal, termasyhur. Bolehkah imbuhan digunakan untuk perkataan ini contohnya dimahakan atau kemahaan? | Imbuhan tidak digunakan untuk perkataan ini. | Tatabahasa | 20.10.2008 |
Salam sejahtera. Samakah maksud seantero dunia dengan tersohor. Sekian. | Seantero bermaksud seluruh dunia, manakala tersohor pula bermaksud termasyhur. | Lain-lain | 07.08.2016 |
_____tanaman padi Psk Ali tidak menjadi akibat serangan perosak. a. Segala b. Seluruh C. Setiap jawapan? Sila berikan penjelasan. Terima kasih | Jawapan a. segala dan b. seluruh adalah betul. Sila lihat penerangan yang diambil dari Kamus Dewab Edisi Keempat: 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyembunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. | Lain-lain | 17.04.2014 |
Apakah perbezaan antara tersebut dan terbabit? Selalunya wartawan akan menggunakan perkataan terbabit, sedangkan saya rasa perkataan tersebut lagi halus/lembut. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud terbabit ialah: terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun terbabit sama; Terbabit dalam persengketaan orang lain; Tersebut: 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;
| Makna | 19.05.2014 |