Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.me.nung] | ترمنوڠ

Definisi : duduk diam sambil berfikir atau bertafakur ttg sesuatu; berfikir panjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
menung
Kata Terbitan : bermenung, termenung, memenungkan, menungan, kemenungan,

Puisi
 

Air tenang nampak termenung,
     Hendak berenang terasa takut;
Kalau asal kain ditenun,
     Lulus jarum benang mengikut.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Seperti orang tertikamkan kawan.

Bermaksud :

Diam termenung; berhati walang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDuduk termenung di tepi muara, Ditiup angin daun bergoncang; Bila terkenang pada dara, Berdebar hati bertambah sayang.
Kurik Kundi Merah SagaAir tenang nampak termenung, Hendak berenang terasa takut; Kalau asal kain ditenun, Lulus jarum benang mengikut.
Kurik Kundi Merah SagaSeri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu.
Kurik Kundi Merah SagaTun Kudu orang Melayu, Tun Tuah orang Melaka; Duduk termenung menanggung rindu, Mengenang tuan jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk paku di atas peti, Buah rambai tepi laut; Termenung aku dalam mimpi, Kasih dilambai tidak menyahut.
Kurik Kundi Merah SagaKalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.
Kurik Kundi Merah SagaKalau menggulung kuih sagu, Jangan lupa menaruh inti; Orang termenung menupang dagu, Itulah tanda kecewa di hati.
Kurik Kundi Merah SagaIkan temenung ikan tenggiri, Ikan mati kena tuba; Duduk termenung seorang diri, Orang ditunggu tak kunjung tiba.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak memakan tebu, Tebu ditanam di depan kota; Duduk termenung di muka pintu, Terkenang kekasih jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaApa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai.
123

Kembali ke atas