Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.mo.di.na.mik] | ترموديناميک

Definisi : kajian tentang hubungan antara haba dgn pelbagai bentuk tenaga yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.mo.di.na.mik] | ترموديناميک

Definisi : ist pengetahuan me­ngenai hubungan antara haba dgn tenaga (tenaga kimia, mekanikal dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata termodinamik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERMODINAMIK

Termodinamik ialah kajian tentang pelbagai

bentuk tenaga, seperti haba dan kerja, dan tentang

penukaran tenaga daripada satu bentuk kepada

satu bentuk lain. Jurutera, ahli kimia, dan ahli fizik

menggunakan prinsip termodinamik untuk

memahami kejadian dalam alam semula jadi dan

dalam aktiviti seperti mereka bentuk mesin dan

mengira kehilangan atau pertambahan tenaga

dalam tindak balas kimia.

UMUM 
NERNST, WALTHER HERMANN

Nernst, Walther Hermann (1864–1941), ahli

kimia fizik Jerman, menerima Hadiah Nobel tahun

1920 dalam bidang kimia kerana formulanya

hukum termodinamik ketiga (lihat Termodinamik ).

Ukurannya tentang haba tentu bahan pada suhu

rendah membuktikan bahawa hukum ini adalah

sah. Nernst lahir di Briessen, Jerman.

UMUM 
PLANCK, MAX KARL ERNST LUDWIG

Planck, Max Karl Ernst Ludwig (1858–1947)

ialah ahli fizik teori Jerman yang menumpukan

perhatian kepada kajian termodinamik. Dia

tertarik dengan fenomena penyerapan dan

pancaran haba dan bentuk tenaga sinaran yang

lain. Pada tahun 1900, dia mengasaskan teori

kuantum ketika mengemukakan hukum sinaran.

Teori baru ini telah membawa pembaharuan

dalam bidang fizik. Pada tahun 1918, Planck

dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang fizik.

UMUM 

Kembali ke atas