Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.mo.di.na.mik] | ترموديناميک

Definisi : kajian tentang hubungan antara haba dgn pelbagai bentuk tenaga yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.mo.di.na.mik] | ترموديناميک

Definisi : ist pengetahuan me­ngenai hubungan antara haba dgn tenaga (tenaga kimia, mekanikal dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata termodinamik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
molecular thermodynamicstermodinamik molekulKejuruteraanKejuruteraan KimiaKajian termodinamik yang berdasarkan sifat mikroskopik molekul atau fungsi keupayaan termodinamik yang menggunakan sifat parameter minimum telaga tenaga e dan garis pusat perlanggaran s. Termodinamik ini adalah lebih luas skop dan penggunaannya daripada termodinamik klasik kerana ia boleh digunakan untuk sistem campuran, keseimbangan fasa, sifat penghantaran molekul, di samping skop kajian termodinamik klasik.
primary thermodynamic propertiessifat termodinamik utamaKejuruteraanKejuruteraan KimiaSifat tekanan, isi padu, suhu, tenaga dalaman, dan entropi sesuatu bahan atau proses. Sifat ini merupakan sifat dasar bahan yang dikaji oleh termodinamik. Sifat termodinamik yang lain diterbitkan daripada sifat dasar ini melalui hubungan tertentu.
generalized chart of thermodynamicscarta umum termodinamikKejuruteraanKejuruteraan KimiaCarta yang disediakan daripada korelasi umum termodinamik atau fungsi umum termodinamik.
thermodynamics function of statefungsi keadaan termodinamikFizikHabaSebarang kuantiti yang mentakrifkan keadaan termodinamik sesuatu bahan dalam keseimbangan termodinamik. Contohnya, untuk sistem gas unggul, suhu T sistem tersebut, bergantung pada tekanan, P dan isi paddu, V. T=T(p,V)
thermodynamic perturbation theory of fluidteori termodinamik usikan bendalirKejuruteraanKejuruteraan KimiaTeori yang berdasarkan pengetahuan sifat termodinamik bendalir rujukan (sifat bendalir model sfera tegar) dengan menggunakan kaedah simulasi komputer. Sifat termodinamik bendalir sebenar kemudian dianggarkan dengan mengira penukaran tenaga bebas akibat penukaran keupayaan dari keupayaan rujukan dengan molekul sebenar yang sedang dikaji.
thermodynamic probabilitykebarangkalian termodinamikKejuruteraanKejuruteraan KimiaJumlah bilangan cara zarah mikroskopik boleh disebarkan pada keadaan yang ditentukan, yang dijelaskan sebagai dengan W = kebarangkalian termodinamik, n = jumlah bilangan zarah, subskrip 1, 2, ... = zarah pada keadaan 1, 2, ... Kebarangkalian termodinamik merupakan kebarangkalian matematik kerana kebarangkalian matematik hanya bernilai di antara 0 dan 1.
adiabaticadiabatikKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Keadaan perubahan tindak balas termodinamik yang berlaku tanpa sebarang penambahan atau pengurangan haba. Tindak balas termodinamik selalunya melibatkan isi padu, tekanan dan suhu. Keadaan adiabatik berlaku pada suhu malar. 2. Keadaan keseimbangan termodinamik dalam sebarang sistem apabila entropi tidak berubah.
chemical thermodynamictermodinamik kimiaKimiaTiadaPenggunaan prinsip termodinamik untuk menyelesaikan masalah kimia.
classical thermodynamicstermodinamik klasikKejuruteraanKejuruteraan KimiaKajian termodinamik yang berdasarkan sifat makroskopik molekul atau persamaan keadaan yang menggunakan sifat kritikal tekanan, suhu, dan isi padu. Daripada tiga pemboleh ubah ini hanya dua daripadanya ialah pemboleh ubah bebas kerana faktor mampatan pada titik kritikal adalah serupa bagi kesemua bendalir.
relative thermodynamic functionfungsi termodinamik relatifKejuruteraanKejuruteraan KimiaSifat termodinamik bahan yang dijelaskan relatif kepada sifat gas atau larutan unggul pada suhu dan kandungan yang sama dan pada tekanan atau ketumpatan yang ditetapkan.
12345678910...

Kembali ke atas