thermometer | termometer | Sains | Hidrometeorologi | Alat yang digunakan untuk mengukur suhu dengan menggunakan perubahan sifat-sifat fizikal bahan mengikut keadaan termanya. Termometer boleh dibahagikan kepada enam jenis menurut reka bentuknya; termometer gas, termometer cecair dalam kaca, termometer sanggaan, termometer elektrik, termometer cecair dalam logam, dan termometer bunyi. |
aircraft thermometry | termometri pesat udara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Sains tentang pengukuran suhu dari pesawat udara. Pengukuran suhu ini terdedah kepada ralat yang disebabkan oleh pemanasan akibat geseran dan pergerakan udara yang mengalir melepasi suatu termometer. Termometer ini berkemungkinan dibasahi oleh titisan air yang terdapat di dalam atmosfera dan ini memberikan bacaan suhu bebuli basah. |
psychrometer | psikrometer | Biologi | Ekologi | Alat yang digunakan untuk mengukur kandungan wap air atmosfera. Alat ini terdiri daripada dua termometer, iaitu termometer yang mengandungi bebuli kering dan yang mengandungi bebuli basah. |
thermometer | termometer | Kimia | Tiada | Alat untuk menyukat suhu. Termometer diasaskan pada sifat bahan yang berubah mengikut perubahan suhu. Misalnya, termometer merkuri menggunakan sifat pengembangan merkuri. |
clinical thermometer | termometer klinik | Fizik | Haba | Termometer raksa dalam kaca yang menjerut tiub rerambut untuk menghalang raksa pada turus daripada mengalir semula ke dalam takungan. Selepas suhu direkodkan, termometer ini digoncang untuk mengembalikan semula raksa ke takungan. |
constant pressure gas thermometer | termometer gas tekanan malar | Fizik | Haba | Termometer yang menggunakan gas yang isi padunya berubah dengan suhu dan tekanannya tetap. bd. termometer gas isi padu malar. |
constant volume gas thermometer | termometer gas isi padu malar | Fizik | Haba | Termometer yang menggunakan gas yang tekanannya berubah dengan suhu dan isi padunya tetap. Nilai suhu, pada skala Celsius dikira menggunakan persamaan: - tekanan pada sebarang suhu, - tekanan pada takat ais. - tekanan pada takat wap. bd. termometer gas tekanan malar. |
maximum thermometer | termometer maksimum | Geografi | Tiada | Termometer yang direka untuk mengukur suhu maksimum bagi satu tempoh masa. |
minimum thermometer | termometer minimum | Geografi | Tiada | Termometer yang mengukur suhu paling rendah bagi sebuah kawasan untuk tempoh masa tertentu. |
earth thermometer | termometer bumi | Geografi | Tiada | Termometer yang digunakan untuk mengukur suhu tanih. |