Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : binatang peliharaan (kuda, lembu, kerbau, kambing, dll): beliau gemar sekali bercucuk tanam dan memelihara (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : binatang spt kuda, lembu, atau kerbau yg dipelihara: Kerjanya bercucuk tanam dan memelihara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ternakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan 'Ternakan', 'Penternakan', 'Asuhan' dan 'Pengasuhan'. 1. Dalam contoh ayat berikut, apakah penggunaan yang betul, 'Ternakan' atau 'Penternakan'? Udang galah merupakan komoditi akuakultur yang mempunyai potensi pasaran yang besar. Namun, industri ternakan/penternakan udang galah menghadapi masalah bekalan benih yang berkualiti yang sesuai untuk diternak. 2. Dalam contoh ayat berikut, apakah penggunaan yang betul, 'Asuhan' atau 'Pengasuhan'? Terdapat juga pengusaha yang menjalankan aktiviti asuhan/pengasuhan benih di dalam tangki simen, tangki plastik, tangki polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan lain-lain lagi. Sekian, terima kasih.Perkataan yang betul untuk contoh ayat yang diberikan ialah “penternakan” dan “pengasuhan”.

Tatabahasa21.04.2022
Salam, Saya ingin tenya tentang nama golongan haiwan. Adakah "ternakan darat" termasuk ayam dan itik? Adakah "haiwan peliharaan" termasuk haiwan untuk kegemaran dan juga ternakan di ladang sekali? Adakah "binatang jinakan" merangkumi haiwan untuk kegemaran dan haiwan untuk ekonomi sekali? Terima kasihDalam Kamus Dewan ternakan sama maksudnya dengan binatang ternakan seperti kuda, lembu, kerbau, kambing dan lain-lain. Walau bagaimanapun tidak ada pengelompokan haiwan tersebut sama ada untuk peliharaan di rumah, ladang dan sebagainya. Tambahan maklumat dalam pengiklanan, lazimnya dalam keterangan aktiviti syarikat/kedai haiwan peliharaan di rumah ditulis sebagai "Kedai Haiwan Kesayangan".Makna03.05.2012
Saya hendak bertanya tentang ayat songsang. Contoh ayat di bawah: Ayat susunan biasa: Mereka menyertai lawatan ke ladang ternakan ayam. Ayat songsang: Menyertai lawatan ke ladang ternakan ayam mereka ATAU Ke ladang ternakan ayam mereka menyertai lawatan. Ayat songsang manakah betul? Atau kedua-dua ayat boleh diterima? Minta penjelasan, terima kasih.Ayat songsang yang tepat untuk ayat tersebut ialah Lawatan ke ladang ternakan ayam mereka sertai.Tatabahasa24.08.2017
Projek ternakan ayam atau projek penternakan ayam?Frasa yang betul ialah projek penternakan ayam.Tatabahasa13.03.2015
Mohon untuk semakan nama-nama kursus berikut untuk program Sijil Veterinar Malaysia: 1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar 2. Makanan dan Pemakanan Ruminan 3. Asas Sains Klinikal 4. Aplikasi Teknologi Maklumat 5. Pengurusan Ternakan Pedaging 6. Communicative English 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral 9. Asas Farmakologi Veterinar 10. Kenegaraan Malaysia 11. Pengembangan Veterinar 12. Pengurusan Ternakan Tenusu 13. Pengurusan Penternakan Unggas 14. Mekanisasi dan Automasi Ladang 15. Pengurusan Pastura dan Foder 16. Pengurusan Modal Insan 17. Kesihatan Ternakan 18. Keusahawanan Penternakan Ruminan 19. Pengurusan Aneka Haiwan 20. Sains Pembiakan Ruminan 21. Pengurusan Haiwan Kesayangan 22. Kejururawatan Veterinar 23. Perundangan dan Regulatori Veterinar 24. Kesihatan Awam Veterinar 25. Asas Patologi Veterinar 26. Produk Hiliran Ternakan 27. Latihan IndustriEjaan yang betul dan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikiut ialah:
1. Asas Anatomi dan Fisiologi Veterinar
2. Makanan dan Pemakanan Ruminan
3. Asas Sains Klinikal
4. Aplikasi Teknologi Maklumat
5. Pengurusan Ternakan Pedaging
6. Communicative English - Komunikasi Bahasa Inggeris
7. Pendidikan Islam
8. Pendidikan Moral
9. Asas Farmakologi Veterinar
10. Kenegaraan Malaysia
11. Pengembangan Veterinar
12. Pengurusan Ternakan Tenusu
13. Pengurusan Penternakan Unggas
14. Mekanisasi dan Automasi Ladang
15. Pengurusan Pastura dan Foder
16. Pengurusan Modal Insan
17. Kesihatan Ternakan
18. Keusahawanan Penternakan Ruminan
19. Pengurusan Aneka Haiwan
20. Sains Pembiakan Ruminan
21. Pengurusan Haiwan Kesayangan
22. Kejururawatan Veterinar
23. Perundangan dan Regulatori Veterinar
24. Kesihatan Awam Veterinar
25. Asas Patologi Veterinar
26. Produk Hiliran Ternakan
27. Latihan Industri
Tatabahasa28.10.2020
Mana yang betul "sangkar ternakan ikan" atau "sangkar penternakan ikan"?Frasa yang betul ialah ‘sangkar penternakan ikan’. Kata ‘penternakan’ bermaksud perbuatan atau hal menternak binatang, manakala kata ‘ternakan’ bermaksud binatang yang dipelihara.Tatabahasa30.01.2019
Apakah terjemahan terbaik untuk 'Meliponiculture', ternakan untuk kelulut atau lebah tak bersengat atau Trigona.Untuk makluman, istilah "meliponiculture" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah meliponikultur.Istilah10.11.2013
Mohon terjemahan standard BM untuk industri ternakan ayam. 1. Day old Chick --merujuk kepada anak ayam berumur sehari. akronim inggeris yg lazim seluruh dunia ialah DOC 2. Pullet -- ayam penelur berumur 6 minggu sehingga saat bertelur (anggaran 15 minggu). harus diingat yg ayam penelur tidak pernah dikahwinkan untuk bertelur. 3. grower -- ayam pedaging selepas umur 14 hari sehingga saat dipanen sekitar 45-50 hari 4. parent stock -- ayam pembiak baka 5. grand parent stock --ayam yang menghasilkan keturunan pembiak baka 6. pure lines -- ayam yang menghasilkann keturunan grand parent stok 7.broiler --ayam pedaging 8. layer --ayam penelur terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut:

  1. Day old Chick = anak ayam sehari
  2. Pullet = ayam dara
  3. Grower = ayam kecil
  4. Parent stock = stok induk
  5. Grandparent stock = stok tuai induk
  6. Pure line = keturunan tulen
  7. Broiler = Ayam pedaging
  8. Layer = Ayam penelur
Istilah30.01.2019
Pada hari minggu, Kim Ho akan pergi ke ladang ternakan kambing. Adakah ayat ini betul?Ayat ini betul.Tatabahasa09.11.2014
encik lim memohon pinjaman dari bank untuk menjalankan projek ternakan ayam telur tuan, saya tidak faham mengapakah kesalahan ialah dari..dan bukannya ayam telur

Betul seperti pendapat saudara, penggunaan yang kurang tepat dalam ayat tersebut ialah dari dan bukannya ayam telur.

Tatabahasa03.08.2011
123

Kembali ke atas