Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.nya.ta] | ترڽات

Definisi : 1. sudah nyata (nampak dgn terang), terbukti, ketahuan, ketara: bakal jodoh yg dipilihnya ~ sudah ada yg punya; ke­sa­lahannya sudah ~; 2. sudah tersebut (tertulis, tercatat, dll), tersiar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.nya.ta] | ترڽات

Definisi : 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
expressed emotionalitykeemosian ternyataPsikologiTiadaTiada
reveal preference analysisanalisis keutamaan ternyataGeografiTiadaTiada
cacophonybunyi sumbangKesusasteraanPuisiPembinaan rangkaian bunyi yang ternyata tidak harmonis dan sumbang. Tetapi tujuannya untuk menimbulkan dan meninggalkan kesan keindahan. Sinonim kakofoni.
flawcacatGeologiTiada2. Sebarang ketaksempurnaan pada intan atau batu permata lainnya, yang termasuk rekahan, kepungan, penghabluran yang ternyata tidak sempurna kembaran dalaman, dan ira.,3. Istilah lama untuk sesar gelinciran-jurus.,4. Zon pemisahan yang sempit di antara ais sarah dan ais kukuh, terbentuk apabila ais sarah, di sempadan ini mengalami pericihan disebabkan oleh angin atau arus yang kuat dan dicirikan oleh kepingan ais dalam keadaan camuk.
realpolitikrealpolitikSains PolitikHubungan Antarabangsastilah Jerman yang bermaksud politik yang nyata atau sebenar. Istilah ini merujuk kepada fahaman realis yang menganggap politik sebagaimana yang ternyata, bukan seperti yang diharapkan oleh fahaman idealis. Istilah ini biasanya digunakan dalam hal yang berkaitan dengan dasar luar.
confining bedlapisan penekanHidrogeologiTiadaSuatu badan bahan �kedap� yang secara stratigrafi berdampingan dengan sebuah akuifer atau lebih. Walau bagaimanapun dalam keadaan sebenar, kekonduksian airnya boleh bernilai antara hampir sifat hingga ke satu nilai yang ternyata lebih rendah dari nilai kekonduksian akuifer itu (USGS). [Bd.: akuitard Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: lapisan kedap, akuifug
sulh ‘an iqrarperdamaian berdasarkan pengakuanPerniagaan IslamTiadaAkad perdamaian antara dua pihak berkaitan dengan tuntutan produk atau perkhidmatan disebabkan wujud pengakuan daripada pihak yang dituntut. Contohnya, dakwaan A bahawa rumah kepunyaan B adalah miliknya. Kemudian, apabila ternyata rumah tersebut milik A, mereka berdamai dengan persetujuan bahawa B membayar harga tertentu kepada A.
literal exegesistafsiran harfiahKesusasteraanTiadaTafsiran berdasarkan pemahaman pembaca terhadap teks pada peringkat asas dan zahir. Pada asalnya, tafsiran harfiah digunakan untuk pemahaman kitab suci, tetapi kini digunakan untuk pemahaman teks sastera. Tafsiran harfiah melibatkan pendekatan terhadap teks pada peringkat makna yang denotatif, ternyata, dan mudah. Tafsiran ini tidak mengambil kira makna figuratif dan konotatif dalam perkataan, pernyataan, atau keseluruhan teks. Pendekatan ini melibatkan penjelasan terhadap teks berdasarkan sesuatu yang tersurat, dan bukan berdasarkan siratan atau konotasinya.
free standing insertssisipan bebas siaranKomunikasiKorporatKaedah pengiklanan percuma yang terdapat dalam ruang media cetak untuk mengiklankan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Perkara yang perlu dilakukan oleh agensi pengiklanan adalah menyediakan bahan pengiklanan yang lengkap yang sentiasa sedia untuk disiarkan dan diterbitkan pada masa diperlukan. Kaedah ini biasa diamalkan dan ternyata berjaya dalam meningkatkan jumlah pelanggan.

Kembali ke atas