Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pa.hat] | ترڤاهت

Definisi : 1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-­olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpahat


Pantun

PantunSumberTema
Penyeri rumah dalam puan, Kain kapas kain sutera, Nama terpahat di tugu pahlawan, Jadu tatapan anak Negara.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Bunga melati di dalam taman, Penyeri rumah dalam puan; Budi diingat sepanjang zaman, Nama terpahat di tugu pahlawan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kait kelapa kukur kelapa, Kupas ubi buat pengat; Hendak kulupa tak terlupa, Kerana budi sudah terpahat.Kurik Kundi Merah SagaBudi

Kembali ke atas