Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pu.tus.pu.tus] | ترڤوتوس - ڤوتوس

Definisi : berkerat-kerat, tidak terus berturut-­turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Saya ingin membuat aduan tentang laman PRPM yang tidak berapa stabil dan konsisten sejak beberapa hari yang lalu. Pertamanya, sambungan ke laman terputus-putus dan keduanya, ketersediaan Kamus Bahasa Inggeris tidak konsisten, misalnya tidak boleh diakses dua hari yang lepas, kembali pulih semalam, namun tidak boleh diakses semula hari ini. Saya berharap laman PRPM dapat dipulihkan secepat mungkin agar terus membantu ramai penggunanya yang lain seperti saya. Terima kasih. Salam hormat, Puan GeethaSalam sejahtera,

Puan,

Maklumat dari Bahagian Sistem Maklumat menyatakan terdapat gangguan sistem dan sedang cuba diatasi.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.09.2019
Salam sejahtera, adakah kata "benang" dari segi kiasan membawa maksud tidak terputus-putus & bersambung-sambung? Sekian, terima kasih.

Benang ialah objek yang lembut dan dikendalikan dengan tenang, tekun dan sabar dek kehalusan dan kelembutan fitrahnya. Disebabkan itulah, benang terjelma dalam kiasan seperti Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain atau contoh lain Jangan menegakkan benang basah dan banyak lagi.  Benang sukar diputuskan melainkan sengaja dipotong. Benang perlu dimasukkan ke lubang jarum untuk digunakan ketika menjahit. Fitrah benang yang lembut dan sukar putus itulah yang menyebabkan penggunaan dalam peribahasa mencapai maksud.

Makna14.05.2020
teresak-esak, tersedu-sedu, tersedan-sedan. saya menghadapi masalah untuk memilih jawapan yang betul dalam soalan objektif yang memiliki pilihan tersebut. bagaimanakah penggunaan istilah tersebut? terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, tersedan-sedan bermaksud me­nangis dengan suara yang terputus-putus (timbul tenggelam), tersedu-sedu, teresak-esak. Oleh itu, teresak-esak, tersedu-sedu dan tersedan-sedan adalah sama maksudnya dan boleh digunakan bertukar ganti.Makna19.09.2012
Salam, saya ingin tanya tentang format karangan dialog. Bolehkah jika kita meletakkan lebih dari satu nokhtah(.) untuk menunjukkan ayat itu disebut panjang? cth1:- Ali: saya rasa. . . betul kata cikgu itu. dan bagaimanapula dengan menggunakan "Mmmmm" untuk menunjukkan mereka sedang berfikir? cth2:- Abu: Mmmmmmm, saya mengulangkaji 1 jam sehari. terima kasih.Tanda elipsis (...) digunakan dalam kalimat yang terputus-putus. Contohnya, "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak."  Tanda elipsis juga menunjukkan bahawa dalam suatu petikan ada bahagian yang dihilangkan. Contohnya, "Sebab-sebab kemerosotan ... akan diteliti lebih lanjut." Sekiranya bahagian yang dihilangkan mengakhiri sebuah kalimat, perlu digunakan empat titik, tiga titik untuk penghilangan teks dan satu titik untuk menandai akhir kalimat. Untuk makluman, kata singkatan seperti ni, tak, dah, nak dan kata seru seperti hmm dibenarkan penggunaannya dalam dialog.

Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan.
Tatabahasa25.07.2017
1) bilakah penggunaan (...) dalam dialog diperlukan? contoh ayat: 1) "Bapa... tolonglah...kasihanilah Tiah bapa". 2) hmm... kedua-dua ayat di atas betul atau tidak sekiranya digunakan dalam dialog. 2) adakah kata singkatan sesuai digunakan sama ada dalam dialog mahupun dalam teks novel. contohnya ni, tak, dah, nak. - adakah salah sekiranya penggunaan kata singkatan ini digunakan terlampau kerap? -terima kasih-Tanda elipsis (...) digunakan dalam kalimat yang terputus-putus. Contohnya, "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak."  Tanda elipsis juga menunjukkan bahawa dalam suatu petikan ada bahagian yang dihilangkan. Contohnya, "Sebab-sebab kemerosotan ... akan diteliti lebih lanjut." Sekiranya bahagian yang dihilangkan mengakhiri sebuah kalimat, perlu digunakan empat titik, tiga titik untuk penghilangan teks dan satu titik untuk menandai akhir kalimat. Untuk makluman, kata singkatan seperti ni, tak, dah, nak dan kata seru seperti hmm dibenarkan penggunaannya dalm dialog.Tatabahasa14.01.2011
Tuan, sila beri tunjuk ajar peribahasa yang tepat seperti yang berikut: 1. Bagai layang-layang putus talinya 2. Bagai layang-layang terputus talinya Hal ini demikian kerana skema PT3 meminta pelajar memberi jawapan yang tepat . Selain itu, apakah buku rujukan peribahasa yang tepat terbitan DBP yang dicadangkan ? Terima Kasih.Jawapan yang tepat ialah Bagai layang-layang putus talinya. Manakala rujukan peribahasa yang boleh digunakan ialah Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.Lain-lain18.09.2015
Perbezaan penggunaan perkataan perhubungan dan penghubungan.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perhubungan ialah hal berhubung; perkait­an; pertalian: Contoh ayat, Tidak terdapat sebarang perhubungan antara kedua-dua kejadian itu, maksud kedua Alat untuk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll). Contoh ayat, Semua perhubungan di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat telah terputus akibat banjir dan maksud ketiga cara orang, negara dan lain-lain berhubung antara satu dengan yang lain, contoh Perhubungan dagang pun bermula antara negeri China dengan Melaka.

Berbeza pula dengan maksud penghubungan yang menerangkan perihal atau perbuatan (cara dsb) menghubungkan. Sebagai contoh ayat yang digunakan dalam istilah kesenian. Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain.

Lain-lain07.12.2017

Kembali ke atas