Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n keganasan, ganas: something has to be done to bring these acts of ~ to an end, sesuatu harus dilakukan supaya perbuatan ganas ini dapat dihentikan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terrorism


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan 'anti'. Mana yang betul? 'antipengganasan' atau 'anti-pengganasan'? Apakah terjemahan bagi 'Counter-Terrorism Centre' dalam Bahasa Malaysia?Ungkapan yang betul ialah antikeganasan, iaitu padanan anti-terrorism dalam bahasa Melayu. Counter-Terrorism sama maksudnya Anti-Terrorism, terjemahan yang sesuai ialah Pusat Antikeganasan.Ejaan04.06.2015
Salam. Di dalam peristilahan penyalahgunaan digital, terdapat dua kategori berbeza (antara lain) iaitu "violence" dan "terrorism". Sekiranya "violence" diterjemahkan kepada "keganasan", bagaimanakah cara membezakan "violence" dan "terrorism" yang juga diterjemahkan sebagai "keganasan"? Contoh penggunaan ayat: "Report acts promoting violence" dan "Report acts promoting terrorism". Terima kasih.Sila nyatakan konsep atau konteks penggunaan perkataan "terrorism" dan "violence" untuk mendapatkan padanan perkataan bahasa Melayu.  Istilah16.06.2022
Apakah istilah counter-terrorism dalam bahasa Melayu. Pencegahan Kegganasan atau antikeganasan atau kata lain? Carian saya di lamana web, saya dapati antikeganasan dan pecounter-terrorisme dua benda yang berbeza jadi saya ingin tahu apa terjemahan paling sesuai untuk counter-terrorism. Contoh ayat: "this included counter-terrorism and maritime security". terima kasih

Kami cadangkan padanan bahasa Melayu untuk counter-terrorism dalam ayat diberikan ialah “menentang keganasan” atau “mencegah keganasan”.

Istilah18.12.2017
Terjemahan dalam Bahasa Melayu "Counter Terrorism". Kami akan mewujudkan cawangan Counter Terrorism. Justeru itu saya perlukan jawapan segera untuk dibahasakan dalam perkataan Bahasa Melayu. Pohon untuk dipercepatkan.Cadangan kami "Cegah Keganasan".Makna06.02.2009
Salam Tuan/Puan, Saya ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menterjemahkan "Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA 2001)" Terima kasih atas bantuan daripada pihak tuan/puan.Berdasarkan carian melalui sumber Bank Negara Malaysia http://www.bnm.gov.my/documents/act/bm_amlatfa_v3.pdf,  "Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA 2001)" ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. Istilah19.09.2018

Kembali ke atas