Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n keganasan, ganas: something has to be done to bring these acts of ~ to an end, sesuatu harus dilakukan supaya perbuatan ganas ini dapat dihentikan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terrorism


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
terrorismterorismeSosiologiTiadaTiada
terrorismterorismeSains PolitikTiadaTiada
terrorismterorismeUndang-undangTiadaTiada
terrorismkeganasanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
terrorismkeganasanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan yang dilakukan dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan badan yang serius kepada orang awam atau mana-mana pihak yang tidak mengambil bahagian dalam sesuatu permusuhan apabila tujuan tersebut adalah untuk menakut-nakutkan populasi, atau memaksa sesebuah kerajaan atau pertubuhan antarabangsa untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan. Takrifan ini terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa bagi Pencegahan Pembiayaan Keganasan 1999. Keganasan boleh dilakukan oleh individu persendirian atau negara. Walau bagaimanapun, keganasan biasanya dilakukan bagi tujuan politik atau ideologi tetapi bukan untuk tujuan persendirian. Contoh keganasan ialah tindakan meletupkan objek awam, merampas kapal terbang, mengambil tebusan atau perbuatan menculik.
terrorismkeganasanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat terorisme.
terrorismterorismeSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan di luar batas perlembagaan oleh sesebuah kumpulan bagi mencapai sesuatu objektif politik yang dilakukan secara sistematik untuk menimbulkan rasa cemas dan takut orang ramai. Tindakan ini dilakukan tanpa perikemanusiaan seperti meletupkan bom di khalayak ramai, dalam bangunan atau memusnahkan binaan yang penting. Tindakan ini sebenarnya ditujukan kepada pihak tertentu seperti kerajaan atau organisasi. Walaupun begitu, orang ramai yang tidak bersalah turut menjadi mangsa. Keganasan biasanya dilakukan oleh kelompok politik beraliran kanan atau kiri, gerakan perkauman, keagamaan, nasionalis, revolusioner atau agensi pemerintah seperti yang dilakukan oleh pemerintah sendiri, perisik atau tentera. Sinonim keganasan.
terrorismkeganasanKriminologiKeadilan JenayahJenayah kekerasan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan secara terancang, bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dan ketidaktenteraman awam. Jenayah ini biasanya dilakukan berdasarkan ideologi, fahaman politik atau agama.
biological terrorismkeganasan biologiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeganasan terhadap orang awam yang melibatkan penggunaan agen biologi untuk mencapai matlamat yang bersifat politik, agama atau ideologi. Tindakan ini dilakukan melalui ugutan, paksaan atau dengan menanamkan rasa takut kepada sesuatu pihak. Contohnya, tindakan keganasan terhadap sesebuah negara dengan menggunakan agen biologi seperti bakteria, virus atau toksin.
maritime terrorismkeganasan maritimUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKeganasan yang dikaitkan dengan aktiviti rompakan yang dilakukan di laut lepas. Dalam kes seperti ini, lanun yang melakukan rompakan tersebut tidak melakukannya atas arahan mana-mana pihak dan tidak menerima sebarang perlindungan daripada mana-mana negara, tetapi biasanya mereka akan menyerang kapal dari semua negara. Keganasan maritim merupakan satu kesalahan terhadap kemanusiaan. Mana-mana pengganas maritim yang ditangkap boleh dibicarakan di mana-mana mahkamah tanpa mengira kewarganegaraan.
12

Kembali ke atas