Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sa.dung] | ترسادوڠ

Definisi : terlanggar (terempuh) dgn kaki, ter-hantuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sa.dung] | ترسادوڠ

Definisi : sabit II jelas dan terang; pasti: Apabila ~ kesalahannya, hukuman pun dijatuhkan. bersabit berkaitan atau berhubungan: Segala urusan yg ~ dgn nikah kahwin akan diselenggarakan oleh Pejabat Kadi Daerah. menyabitkan menentukan dgn pasti; memastikan; menetapkan: Pihak pendakwa gagal ~ kesalahan yg dituduh. sabitan perkara atau hal yg boleh mengaitkan seseorang dgn se­suatu pertuduhan atau kesalahan: Bagai­manapun, elok diambil ingatan bahawa ~ sahaja tidaklah bererti bahawa seseorang pekerja itu mesti dipecat drpd pekerjaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sadung
Kata Terbitan : menyadung, tersadung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara "duka" dan sedih? 1. Perasaan Mei Ying masih lagi ______ walaupun neneknya telah dua tahun meninggal dunia. A. sedih B. dukaDalam Kamus Dewan Edisi Empat, duka ialah (perasaan hati) yang susah atau sedih, dukacita: jangan dibiarkan hati tersadung ~, jangan fikiran dipersusah; ~ lara = ~ nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat.  

Kamus Dewan mentakrifkan sedih hati sebagai berasa pilu (susah, hiba) dalam hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih;

Berdasarkan definisi tersebut, perkataan yang paling tepat digunakan dalam ayat ialah duka.
Tatabahasa03.09.2013
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas