Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.san.dung] | ترسندوڠ

Definisi : 1. terlanggar atau terhantuk (kaki) pd sesuatu: kakiku ~ pd sebatang akar getah; 2. ki mendapat sesuatu rintangan (ke-susahan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.san.dung] | ترسندوڠ

Definisi : ter­langgar akan sesuatu dgn kaki (ketika berjalan dsb): Dia jatuh kerana kakinya ~ akar getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sandung
Kata Terbitan : menyandung, tersandung, sandungan,

Peribahasa

Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung.

Bermaksud :

Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang ejaan. Mana yang betul, sadung atau sandung? Saya lihat kedua-duanya mempunyai maksud sama.Jika konteks perbuatan merujuk kepada menyandung melanggar sesuatu (dengan kaki); tersandung 1. terlanggar atau terhantuk (kaki) pada sesuatu, 2. mendapat sesuatu rintangan (kesusahan dan lain-lain) dan sandungan, maka kedua-duanya membawa maksud yang sama. Ini bermakna, sadung dan sandung boleh digunakan.Makna19.12.2016

Kembali ke atas