Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sem.bul] | ترسمبول

Definisi : 1. meng­anjur atau menonjol keluar (hujung atau kepala sesuatu drpd lubang, liang, permukaan, dll): mata yg tersembul spt mata buaya; 2. menampakkan diri, menjongol, timbul: kepala buaya yg tersembul di tepi air; sebelum sedan itu meluncur, lelaki segak itu ~ keluar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sem.bul] | ترسمبول

Definisi : tertonjol ke luar: Sebiji bisul ~ di pangkal pahanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersembul


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1) Apakah jenis kata 'tiba-tiba'? Adakah kata ini kata adverba atau kata adjektif? (2) Contoh ayat: Dia tersembul dengan tiba-tiba. Bolehkah kata sendi nama 'dengan' menerima perkataan 'tiba-tiba', memandangkan 'dengan' hanya boleh menerima kata nama? (3) Adakah perkataan 'secara' lebih sesuai digunakan berbandingkan kata sendi nama 'dengan' dalam contoh ayat di atas bahkan kedua-dua perkataan tersebut boleh digugurkan?(1) "tiba-tiba" ialah kata adjektif. (2) dengan tiba-tiba boleh digunakan. dengan membawa maksud unsur keterangan, iaitu keterangan cara bagi kata adjektif tiba-tiba. (3) secara juga boleh digunakan untuk menggantikan perkataan dengan, kerana secara membawa maksud dengan cara.Tatabahasa18.06.2020
apakah perbezaan maksud antara 'tertonjol' dengan 'terserlah'? satu soalan lagi, apakah perbezaan maksud antara 'dipersendakan' dengan 'dipermainkan'?Pebezaan maksud:
1. tertonjol = teranjur, tersembul; cnotoh: Perutnya kelihatan tertonjol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
2. terserlah = kelihatan berseri (berkenaan kecantikan dll.); kelihatan nyata berscahaya (bkn. bulan dll.); Kecantikannya terserlah selepas disolek oleh mak andam. 2. Kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn. bakat dll.); Kebolehannya terserlah dlm. persembahan yang menarik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
3. dipermainkan/dipersendakan= mempunyai maksud yang sama.
Istilah10.06.2014

Kembali ke atas