Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sen.di.ri] | ترسنديري

Definisi : 1. tidak sama dgn yg lain, ter-asing: esei memerlukan satu gaya bahasa yg ~ iaitu gaya yg mudah dan sederhana; 2. tersisih (terpisah dll) drpd yg lain: pekerjaan-nya dapat dijalankan dlm suasana aman, senyap dan ~, sama spt bekerja di rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sen.di.ri] | ترسنديري

Definisi : terasing atau terpisah dr yg lain; tidak bersama atau tidak sama dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
strategic business unitunit perniagaan strategikPengurusanPerancanganSatu unit yang tersendiri di dalam sesebuah organisasi yang mempunyai kapasiti membuat perancangan strategik dan melaksanakan sebarang tindakan bagi menyumbang kepada pencapaian matlamat atau misi organisasi secara keseluruhannya. Ciri tersendiri unit tersebut boleh ditentukan berdasarkan klasifikasi produk dan persaingan yang dihadapi. Contohnya, klasifikasi model kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai sebuah unit perniagaan strategik perlu merancang strategi untuk menghadapi pesaing yang mengeluarkan model kenderaan yang sama.
provincial administrationpentadbiran wilayahPentadbiranPentadbiran Awam

Bentuk pemerintahan yang wujud bagi mentadbir sesuatu kawasan tertentu yang mempunyai sempadan tersendiri di dalam sesebuah negara yang besar. Pentadbiran wilayah diletakkan di bawah kuasa pentadbiran pusat untuk bertindak sebagai penyelaras kepada beberapa wilayah di bawah bidang kuasanya. Pentadbiran wilayah biasanya mempunyai struktur organisasi tersendiri, yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan awam di dalam wilayahnya. Bentuk pentadbiran wilayah adalah setara dengan pentadbiran negeri.

self-explanatoryjelas tersendiriPendidikanTiadaTiada
individual circuitlitar tersendiriSosiologiTiadaTiada
lone pairpasangan tersendiriKimiaTiadaTiada
individual righthak tersendiriSejarahTiadaTiada
distinctive competencekecekapan tersendiriPentadbiranTiadaKekuatan sesebuah organisasi yang unik dan yang tidak boleh disamakan atau yang tidak boleh ditiru oleh pesaing.
distinctive competencekewibawaan tersendiriPentadbiranPengurusan-
distinctive competencekewibawaan tersendiriPengurusanPerancanganKeupayaan khusus sesebuah syarikat yang mampu bertahan lama dan berupaya membantu syarikat mencapai prestasi ekonomi yang baik atau lebih tinggi daripada syarikat pesaing. Contohnya, syarikat pengeluar perabot atau penyedia khidmat perancang perkahwinan yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan produk yang berinovatif, mampu milik dan mengikut citarasa semasa yang diingini pengguna.
stand alone computerkomputer tersendiriKomputerTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas