Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.pit] | ترسڤيت

Definisi : 1. sudah disepit (diapit, dijepit, dll): cerut cap ayam yg ~ di bibirnya itu, di-pasangnya; 2. ki terhimpit, tertekan: seluruh kehidupan mereka ~ antara dua pihak yg mengadu kekuatan senjata dan tenaga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.pit] | ترسڤيت

Definisi : sudah disepit atau diapit; terletak di antara dua benda yg mengapit; terjepit: menolong anjing ~ di pagar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepit
Kata Terbitan : menyepit, tersepit, penyepit,

Peribahasa

Melepaskan anjing tersepit,
     sudah lepas dia menggigit.

Bermaksud :

Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bindterkapitPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKeadaan apablia gergaji tersepit di antara kayu yang sedang dipotong. Kejadian ini dapat dikurangkan dengan menyapu bahan pelincir seperti minyak atau air pada mata gergaji atau mengamalkan teknik penggergajian yang betul.
safety jointpenyambung keselamatanKejuruteraanTiadaAksesori yang dipasang pada alat pancing bagi memudahkan penanggalan alat pancing yang tersepit.
wedgebajiPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Kayu atau logam kecil berbentuk tirus yang digunakan dalam operasi menebang pokok untuk mengelakkan gergaji daripada tersepit dan juga untuk menghalakan arah tumbangan. 2. Kayu atau logam kecil yang digunakan untuk mengetatkan sambungan atau tanggaman dalam kerja kayu.
clearancekelegaanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanJarak di antara mata gergaji dengan dinding potongan kayu semasa penggergajian, yang terhasil oleh buka gigi gergaji. Jarak ini diperlukan supaya mata gergaji tidak tersepit.
swage settingpengesetan picitPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses membentuk gigi gergaji dengan melebarkan hujung gigi supaya lebih besar daripada tebal badannya. Tujuannya ialah untuk melebarkan tebal potongan kayu, dan dengan itu mengelakkan gergaji daripada tersepit.
spring setpengesetan kepakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses membentuk gigi gergaji secara membengkokkan gigi-gigi yang bersebelahan ke arah yang berlawanan dan menghasilkan bentuk kepak. Tujuannya ialah untuk melebarkan tebal potongan pada kayu supaya lebih lebar sedikit daripada tebal badannya, dan dengan itu mengelakkan gergaji daripada tersepit.

Kembali ke atas