Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.siar] | ترسيار

Definisi : terbakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.siar] | ترسيار

Definisi : 1. telah dihebahkan (diumumkan, di­khabarkan ke merata-rata), tersebar ke mana­mana: khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir; 2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dll): kesemua cerpen dlm kumpulan ini telah ~ dlm mingguan Utusan Zaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.siar] | ترسيار

Definisi : telah diumumkan ke merata-rata tempat melalui radio (surat khabar dll); telah diterbitkan dan disebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,

Peribahasa

Mulut tabuh dapat disumbat,
     mulut orang bagaimana menyumbatnya.

Bermaksud :

Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
published ratekadar tersiarPentadbiran PerniagaanTiadaKadar sewa penuh yang boleh diubah mengikut musim yang digunakan atau diiklankan kepada awam.
published quotationsebutan harga tersiarUndang-undangTiadaTiada
checking copysalinan buktiKomunikasiKorporatSalinan iklan yang telah tersiar atau diterbitkan sebagai bukti pengesahan pelaksanaan akaun. Salinan ini diserahkan oleh pihak penerbitan majalah, akhbar dan sebagainya kepada agensi pengiklanan untuk mendapat perakuan dan pengesahan daripada pihak agensi pengiklanan, bahawa tanggungjawab penerbitan seperti yang diarahkan telah pun dilaksanakan. Selain salinan tersebut, disertakan juga maklumat mengenai nama, tarikh, masa, dan halaman atau kedudukan ruang dalam siaran atau penerbitan. Sesetengah agensi atau syarikat hanya membuat pembayaran iklan setelah salinan bukti siaran dan penerbitan diserahkan oleh pengiklan. Selain itu, salinan bukti juga disimpan sebagai dokumen rujukan untuk keperluan perancangan strategik pemasaran pada masa akan datang. Bukti ini perlu bagi memastikan proses pembayaran upah dapat dilakukan.
by-line namenama penulisKomunikasiTiadaNama yang tercatit atau tersiar dalam hasil penulisan sebagai tanda penghargaan kepada penulis yang menghasilkan karya berkenaan.
plagiarismciplakKesusasteraanTiadaKegiatan mencuri karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan, sudah dilupakan pembaca, lalu diakui sebagai karya ciptaannya.
plagiarismciplakSejarahTiadaKegiatan mencuri karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan, sudah dilupakan pembaca, lalu diakui sebagai karya ciptaannya.
plagiaristpenciplakKesusasteraanTiadaOrang yang mencuri karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan dan dilupakan lalu diakui sebagai karya ciptaannya.
hidden reserverizab tersembunyiinsuransTiadaRizab sesebuah syarikat insurans yang tidak dinyatakan di dalam akaun yang tersiar.
abstract cardkad sariPerpustakaanTiadaKad berukuran 5 x 3 inci yang dimuatkan dengan sari dokumen atau makalah, yang tersiar di dalam majalah berkala.
abstractsari; abstrak/niskalaPerpustakaanTiadaSatu bentuk bibliografi semasa yang memuatkan catatan ringkas tentang maklumat penting di dalam buku, risalah atau makalah yang tersiar di dalam majalah berjilid; disertai deskripsi bibliografi untuk memudahkan penerbitan atau makalah tersebut diperoleh kembali. Penyusunannya mengikut kelas atau subjek.
12

Kembali ke atas