Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.si.rat] | ترسيرت

Definisi : 1. telah disirat (jala, rajut, dll), terjalin; 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): rahsia besar yg ~ di hati­nya tidak ada seorang pun yg mengetahui­nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.si.rat] | ترسيرت

Definisi : 1 telah disirat (bkn jaring dll). 2 ki terkandung atau tersembunyi; tersimpan: Tiada se­siapa yg tahu akan apa-apa yg ~ dlm hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sirat
Kata Terbitan : bersirat, menyirat, tersirat, siratan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
implicit enumerationperhitungan tersirat;pengangkaan tersiratMatematikTiadaTiada
implied termsyarat tersirat; terma tersiratUndang-undangTiadaTiada
buried themetema tersiratKesusasteraanTiadaTema yang tersembunyi atau pernyataan yang dipersembahkan secara tidak langsung dalam sesebuah sajak. Tema tersirat berbeza dengan tema eksplisit yang dipaparkan secara langsung dan ketara. Penggunaan tema tersirat bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pembaca mencari maksud tersirat, lantas pembaca seolah-olah mencipta semula sajak itu. Namun, kadangkala tema tersirat menjadi punca kelemahan sesebuah sajak. Hal ini demikian kerana sajak terlalu kabur sehingga rumit untuk ditafsirkan.
implicit metaphormetafora implisitKesusasteraanPuisiPengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya. Penggunaan metafora tersirat ini bertujuan untuk menggantikan sesuatu kata atau ungkapan yang lain bagi mencitrakan kesamaan maknanya. Sinonim metafora tersirat.
implied readerpembaca tersiratKesusasteraanTiadaPembaca yang diingini dalam imaginasi pengarang semasa pengkaryaan. Seseorang pengarang mengandaikan bahawa pembaca tersirat sependapat dengannya mengenai watak dan situasi yang dialami dalam cerekanya. Pembaca tersirat yang diinginkan biasanya dapat ditanggapi oleh pengarang melalui bentuk dan isi cereka tersebut. Contohnya, pembaca tersirat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad ialah pembaca yang sedia maklum tentang kesusahan dan kesukaran kehidupan di kampung, khususnya masyarakat tani.
implied authorpengarang tersiratKesusasteraanTiadaPengarang yang wujud di sebalik teks atau pengarang yang merancang dan memaknakan teks. Pengarang menghasilkan teks secara tersirat, dan hanya boleh ditanggapi oleh imaginasi pembaca melalui proses pembacaan yang berulang-ulang dan penuh penghayatan. Pengarang tersirat berbeza dengan pengarang sebenar atau narator.
tacit knowledgepengetahuan tersiratPengurusanPerancanganPerkara-perkara yang tidak tertulis dan terucap oleh individu, namun ia tersimpan dalam diri individu tersebut. Pengetahuan tersirat boleh dijelaskan dalam bentuk emosi, ingatan, pengalaman, rangsangan deria atau gerak hati yang wujud dalam diri setiap individu. Pengetahuan ini akan timbul apabila diperlukan tanpa disedari. Kepentingan menguruskan pengetahuan tersirat dalam organisasi adalah dengan memastikan maklumat dan pengetahuan tersebut dikekalkan dalam bentuk dokumentasi atau sistem pengkomputeran. Contohnya, capaian pada soalan lazim (FAQ) dalam komputer yang menyediakan jawapan kepada pelbagai persoalan pengurusan organisasi tanpa perlu merujuk kepada individu tertentu.
implicittersiratKesusasteraanTiadaMaksud pengarang dan makna isi sesebuah karya sastera tidak dinyatakan secara langsung, melainkan secara tersirat.
implied seaworthinesslayak belayar tersiratPentadbiran PerniagaanTiadaDalam insurans marin keupayaan belayar sesebuah kapal merupakan waranti tersirat. Anggapannya ialah bahawa sesebuah kapal itu, serta peralatan dan kelasinya berada dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk belayar.
explicit functionfungsi tak tersiratMatematikTiadaFungsi yang ditakrif dalam bentuk seperti y = f(x), iaitu pemboleh ubah bersandar diungkapkan secara langsung dalam sebutan pemboleh ubah tak bersandar. Bandingkan fungsi tersirat.
12345678910...

Kembali ke atas