Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sum.bat] | ترسومبت

Definisi : 1. tertutup (dgn sumbat dll), tersumpal: rongga-rongga ini ~ dgn biji-biji gabus; 2. terisi, termasuk: nasi yg ~ dlm mulutnya menyebabkan dia membisu; 3. seolah-olah tertutup atau tersekat kerong­kongan (kerana termengkelan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sum.bat] | ترسومبت

Definisi : 1 tertutup dgn sumbat. 2 tertutup atau tersekat sehingga tidak lancar aliran air dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbat
Kata Terbitan : penyumbat, menyumbat, tersumbat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGIOPLASTI

Angioplasti ialah  teknik membuka arteri

yang tersumbat oleh mendapan kolesterol,

kalsium, dan bahan-bahan lain. Mendapan

sedemikian dinamakan plak .

UMUM 
SISTA

Sista ialah pundi tak normal dalam badan yang

mengandungi bendalir dan tidak mempunyai

bukaan keluar. Sista kulit berlaku lebih kerap

daripada sista-sista lain. Ia biasanya terbentuk

bukaan kelenjar minyak atau folikel rambut

(struktur bak beg yang mengelilingi rambut)

tersumbat. Sesetengah sista terbentuk

di sekeliling bahan asing yang memasuki

badan. Sista-sista lain terbentuk di sekeliling

darah selepas berlaku kecederaan. Sista yang

terbentuk dalam kelenjar air liur di bawah lidah

dikenali sebagai ranula. Sista organ dalaman

biasanya disebabkan oleh perkembangan organ

yang tak normal. Sista dibuang melalui

pembedahan.

UMUM 
RASA

Rasa ialah deria yang penting pada manusia dan

banyak haiwan. Rasa makanan membantu

menentukan apa dan berapa banyak yang kita

makan. Kita boleh menolak makanan yang rasanya

tidak disukai dan akibatnya diet kita mungkin tidak

seimbang. Deria rasa kita dipengaruhi oleh bau

benda. Apabila kita mendapat selesema dan

hidung kita tersumbat, sesetengah makanan

mungkin sama rasanya (lihat Bau ). Makanan

hendaklah lembap untuk dirasa. Jika lidah dan

makanan adalah kering, makanan tidak mempunyai

rasa.

UMUM 

Kembali ke atas