Alder ialah nama yang diberikan kepada kira-kira
30 jenis pokok renek dan pokok kecil yang
didapati di kawasan sederhana bahagian utara
dunia. Pokok alder dikaitkan dengan pokok birch
dan mempunyai daun bujur yang bergerigi. Bunga
betina yang dinamakan katkin (bunga ekor kucing),
yang membesar menjadi kon yang keras seperti
kon pokok pain yang kecil. Kon ini mengandungi
biji. Kon ini berubah menjadi hitam apabila bijinya
tertanggal dan akan tahan sepanjang musim sejuk.
Gugus hitam yang tergantung ini menyebabkan
pokok alder mudah dikenal pasti. Pokok alder
membentuk belukar yang tebal di kawasan
berpaya dan di cerun-cerun gunung. Ia biasanya
ditemui di tepi tasik dan sungai.