Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quantizerpengkuantumKejuruteraanTiadaPeranti yang mengukur magnitud kuantiti yang berubah dengan masa dalam gandaan unit tetap yang tertentu, pada ketika tertentu atau kadar ulangan tertentu, dan menghasilkan sambutan yang berkadaran yang biasanya dalam kod denyut atau bentuk digit. [KE]
lysislisisPerubatanTiada1. Pemusnahan sel tertentu oleh lisin tertentu.,2. Penguraian, misalnya sebatian kimia oleh agen tertentu.,3. Pengurangan secara beransur-ansur simptom penyakit.
word formbentuk kataLinguistikTiadaBentuk kata tertentu yang menjalankan fungsi tertentu
heat conductivitykekonduksian habaKimiaTiadaSukatan kadar pengaliran haba melalui bahan tertentu, yang disukat sebagai amaun haba yang mengalir dalam masa tertentu pada suatu perbezaan suhu, melalui bahan yang mempunyai ketebalan tertentu dan luas keratan rentas tertentu, dengan tiada haba yang hilang atau diperoleh semasa pengaliran berlaku.
magmatic segregationpemisahan magmaGeologiTiadaPemekatan mineral atau hablur mineral tertentu pada bahagian-bahagian tertentu magma semasa penyejukan dan penghablurannya.
laminar velocityhalaju laminaKejuruteraanTiadaHalaju had bagi aliran cecair tertentu di dalam saluran tertentu, yang memastikan bahawa aliran adalah aliran garis arus. Di atas halaju ini, aliran mungkin berbentuk garis arus ataupun aliran gelora.
design engineerjurutera reka bentukKejuruteraanTiadaJurutera yang ditugaskan mereka bentuk hasil tertentu untuk kegunaan tertentu.
admiralty coefficientpekali admiraltiPelayaranTiadaFormula bagi mencari kuasa kuda yang diperlukan untuk menggerak kapal dengan berat tertentu pada halaju tertentu.
admiralty constantpemalar admiraltiPelayaranTiadaFormula bagi mencari kuasa kuda yang diperlukan untuk menggerak kapal dengan berat tertentu pada halaju tertentu.
fractional precipitationpemendakan berperingkatPerubatanTiadaPemendakan sebatian daripada larutan secara peringkat demi peringkat dengan cara menambahkan garam tertentu ke dalam larutan tertentu.
12345678910...

Kembali ke atas