Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tib] | ترتيب

Definisi : 1. peraturan yg baik dan telah ditetap­kan, aturan (yg harus dipatuhi); tata~ peraturan-peraturan yg mesti dipatuhi; 2. mengikut peraturan, teratur dan rapi: segala sesuatu berjalan dgn ~; 3. dgn sopan santun, dgn majlis, dgn sepatutnya: sangat ~nya barang kelakuannya; ~ acara a) peraturan mengenai segala sesuatu yg bertalian dgn perbincangan dlm mesyuarat dll; b) acara, agenda; ~ hukum Id aturan yg berkaitan dgn undang-undang; ~ nikah aturan dlm nikah; ~ sembahyang aturan dlm sem-bahyang; ~ sopan sopan santun; bertertib mengikut tertib, teratur, sopan: apabila sampai ke rumah Pawang Dolah kau semua hendaklah duduk ~, bersopan santun; menertibkan menjadikan tertib, mengatur, merapikan: kpd tenteralah orang kampung menoleh guna ~ hukum; ketertiban 1. peraturan (dlm masyarakat dll), aturan: atas nama ~ rumah makan ini, engkau kuusir; 2. = adat ~ kelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini; 3. keadaan yg rapi, kerapian; penertiban perihal menertibkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tib] | ترتيب

Definisi : 1 peraturan yg baik yg patut diturut. 2 mengikut peraturan atau susunan yg telah ditetapkan; teratur dgn rapinya: Segalanya telah berjalan dgn ~. Susun angka ini mengikut ~ nilainya. 3 dgn sopan santun; dgn majlis: Pemuda itu sangat ~ kelakuannya. ~ nikah peraturan dlm nikah. ~ sembahyang peraturan dlm sembahyang. bertertib 1 mengikut peraturan yg ditentukan; teratur. 2 sopan atau santun kelakuan­nya. menertibkan menjadikan tertib; merapikan. ketertiban 1 peraturan dlm masyarakat dll. 2 kelakuan yg baik; kesopanan. 3 keadaan atau hal tertib. penertiban perbuatan atau hal menertibkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tertib (adjektif)
Bersinonim dengan sopan, santun, sopan santun, beradab, beradat, bersusila, berdisiplin, bersistem, teratur;,
Kata Terbitan : bertertib, ketertiban,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
order/disorder/chaostertib/tidak tertib/huru-haraKesenianSeni BinaBerkaitan dengan struktur susunan dalam seni bina yang boleh dilakukan secara terancang atau tidak terancang tetapi masih dalam satu ketetapan atau undang-undang tertentu.
order-disorder polymorphismpolimorfisme tertib-tak tertibGeologiTiadaTiada
order-disorder transitionperalihan tertib-tak tertibKejuruteraanTiadaTiada
order-disorder reactiontindak balas tertib-tak tertibKejuruteraanTiadaTiada
cooperative phenomenafenomena koperasiFizikHabaFenomena yang melibatkan tindak balas himpunan atom atau elektron secara serentak dalam hablur. Contohnya, transformasi tertib-tak-tertib.
ascending ordertertib menaikMatematikTiadaTertib sebilangan nombor katalah a1, a2, a3, a4, ... yang memenuhi syarat a1 < a2 < a3 < a4 < .... Sinonim tertib menokok.
descending ordertertib menurunMatematikTiadaTertib sebilangan nombor katalah b1, b2, b3, b4, ... yang memenuhi syarat b1 > b2 > b3 > b4 > .... Sinonim tertib menyusut.
short range ordertertib julat pendekFizikNanoteknologiSusunan teratur atom dalam cecair atau pepejal tidak tertib yang memberikan kebarangkalian untuk satu atom mempunyai jiran jenis atom lain adalah lebih besar berbanding dengan atom yang berada dalam keadaan rawak penuh. Contohnya, tertib julat pendek terdapat dalam bahan semikonduktor amorfus dan karbon amorfus. Banding tertib julat panjang.
first order kinetickinetik tertib pertamaPerubatanTiadaCiri farmakokinetik ubat yang kadar metabolisme atau perkumuhannya berkadar terus dengan jumlah atau kepekatan ubat di dalam darah. Kinetik tertib pertama berlaku pada kebanyakan ubat dalam julat dos terapeutik. Ubat yang dikumuhkan melalui ginjal biasanya mempunyai ciri kinetik ini. Gambaran grafik log kepekatan melawan masa bagi kinetik tertib pertama akan menghasilkan graf bergaris lurus. Apabila proses metabolisme ubat telah tepu, perkumuhan ubat tersebut bertukar daripada kinetik tertib pertama kepada kinetik tertib sifar. Sinonim farmakokinetik linear.
Jordan-Wigner commutation rulepetua tukar tertib Jordan-WignerFizikModenPetua yang diperoleh dengan menggantikan penukar tertib pengoperasi penciptaan dan pemusnahan dengan antitukar tertib.
12345678910...

Kembali ke atas