Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertinggi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supremeterutamaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan tertinggi dalam sesuatu hierarki sama ada dalam bentuk pangkat, gelaran dan darjah kualiti. Kedudukan tertinggi membawa autoriti yang paling berkuasa dan mendapat penghormatan dari orang bawahan. Kedudukan ini meletakkan individu, badan atau organisasi sebagai yang terunggul dan tidak ada individu atau badan lain yang dapat mengatasinya. Sebagai contoh, Yang di-Pertuan Agong memiliki kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan dan perundangan di Malaysia. Sinonim badan tertinggi/tertinggi.
critical pointtakat gentingKejuruteraanPetroleumSuhu tertinggi dan tekanan tertinggi yang terdapatnya fasa cecair dan fasa gas sesuatu bahan wujud bersama-sama dalam keadaan keseimbangan. Pada takat ini sifat-sifat fizikal cecair dan gas adalah serba sama sehingga tidak boleh dibezakan atau ditentukan di antara kedua-dua fasa berkenaan.
risk indexindeks risikoTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbezaan antara kebenaran capaian tahap paling minimum kepada pengguna dalam sistem maklumat berautomasi dengan kebenaran capaian tahap tertinggi kepada pengguna tahap tertinggi dan pentadbir sistem maklumat tersebut.
supreme bodybadan tertinggiSains PolitikPolitik Perbandinganlihat terutama/tertinggi.
crownpuncakKejuruteraanTiada1. Titik tertinggi pada struktur gerbang. 2. Aras tertinggi keratan rentas jalan raya yang terletak di tengah-tengah berbanding aras kedua-dua bahagian tepi jalan.
apexmercuMatematikTiadaTitik tertinggi sama ada dari suatu garis atau titik tertinggi dari suatu satah. RUJUK RAJAH M.S. 64
cerebral perfusion pressure (CPP)tekanan perfusi serebrum (CPP)PerubatanTiadaTekanan yang menentukan pengaliran darah ke serebrum, yang dikira berdasarkan perbezaan antara tekanan darah arteri purata MAP) dengan nilai tertinggi intrakranial (MAP) dengan nilai tertinggi intrakranial (MAP) dengan nilai tertinggi intrakranial (CVP). Formulanya ialah CPP = MAP - ICP/CVP. Julat normal adalah antara 75 mmHg hingga 100 mmHg.
royal flushsama bunga tertinggi (terup)SukanTiadaLima kad terup yang sama bunga dan terdiri daripada sepuluh (10), jek (J), ratu (Q), raja (K) dan sat (A) dengan nilai tertinggi.
high water marktikas air tertinggiSains MarinTiadaTanda air yang mewakili ketinggian maksimum jasad air yang dapat dicapai dari daratan atau tempat tertentu dari laut pada ketika air pasang untuk menentukan aras air pasang laut tertinggi tahunan.
double topparas tinggi bergandaPentadbiran PerniagaanTiadaPola carta dalam analisis teknikal yang berbentuk W terbalik yang menunjukkan harga telah naik ke paras tertinggi kemudian turun, dan naik semula ke paras tertinggi yang sama sebelum jatuh semula. Bentuk ini menandakan arah aliran menurun akan bermula.
12345678910...

Kembali ke atas