Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tu.lis] | ترتوليس

Definisi : telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd peti itu ialah RM7.50 sen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.tu.lis] | ترتوليس

Definisi : sudah atau telah ditulis; ter­catat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sya tertulis nombor pengenalan isteri saya pada ruang yang salah. Ayat di atas betul ke?Cadangan jawapan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan ialah, Saya tertulis nombor kad pengenalan isteri pada ruang yang salah.Lain-lain07.04.2022
Adakah ayat berikut betul? 1. Dua orang murid lelaki menggantungkan kain rentang yang tertulis " Majlis Anugerah Kecemerlangan " pada dinding pentas.Ayat ini salah, yang betul ialah 1. Dua orang murid lelaki menggantungkan kain rentang yang tertulis "Majlis Anugerah Kecemerlangan" di dinding pentas.Tatabahasa13.08.2014
Saya perhatikan ada satu iklan papan tanda di Bangsar mengiklankan kereta jenama BMW yang didalamnya tertulis dengan huruf terang ayat seperti ini " Joy is BMW" dan diatasnya tertera terjemahan bahasa Melayu dengan huruh pudar dan tak kelihatan dari jauh seperti ini "Keriangan ialah BMW". Selain itu, ada juga iklan lain di Kampung Keramat tertulis ayat ini "life is beutiful" dan terjemahan bahasa Melayunya berbunyi begini "hidup ialah indah". Benarkah semua terjemahan ini pada pandangan DBP? Dalam bahasa Melayu, padanan yang sering kita ungkap untuk kalimat 'life is beutiful' ialah "hidup itu indah". Pada pandangan saya, mungkin terjemahan sesuai untuk ayat "joy is BMW" ialah 'riang itu BMW'. Jadi, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu DBP menangani masalah ini?Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pihak kami akan menyemak padanan terjemahan pada papan iklan yang disebutkan  itu.  Sumbangan yang boleh tuan berikan ialah menghantar kepada kami gambar foto iklan berkenaan supaya pihak kami boleh mengambil tindakan susulan. Alamatkan kiriman tuan kepada Ketua Bahagian Dasar Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur.  Tatabahasa09.02.2010
Antara jawapan berikut yang manakah betul. 1. Pada batu bersurat itu --------- undang-undang dan peraturan masyarakat zaman dahulu. A. bertulis B. tertulis 2. Encik Nordin menasihati anaknya agar tidak memakai pakaian yang ----------- A. menjolok mata B. mencolok mata 1. Pada batu bersurat itu tertulis undang-undang dan peraturan masyarakat zaman dahulu.

2. Encik Nordin menasihati anaknya agar tidak memakai pakaian yang mencolok mata.
Tatabahasa29.10.2013
Saya rujuk di PRPM tertulis, "Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu" Persoalan saya, apakah maksud 'mencapat?' Kenapa perkataan itu tiada dalam kamus dewan ataupun PRPM?Peribahasa yang betul ialah "Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu". Kami memohon maaf atas kesilapan ejaan tersebut.Tatabahasa26.11.2013
Mengapa pada dinding bas tertulis 'BAS PEKERJA' dan bukannya 'BAS KILANG' padahal itu pada saya sudah betul. Sama juga dengan 'BAS SEKOLAH', mengapa tidak ditukar kepada 'BAS PELAJAR' sebagai padanan kepada 'BAS PEKERJA'. Sekian Terima Kasih!Kedua-duanya boleh diterima mengikut konteks yang berbeza.Lain-lain07.06.2010
Apa maksud "pasuan"? Saya jumpa perkataan ini tertulis pada entri "pencetak roda daisi".Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1629), kata pasuan bermaksud (berkenaan dengan bunga, pokok dan sebagainya) ditanam di dalam pasu. Penggunaan kata pasuan dalam huraian "pencetak roda daisi" dalam bidang kejuruteraan perlukan penjelasan maknanya daripada pakar bidang tersebut.Makna18.01.2024
Tuan yang bijaksana. Dalam buku tatabahasa ada tertulis, kata sendi "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Frasa yang mengikuti kata sendi "tentang" menjadi hal yang diperlakukan. Kata sendi "terhadap" pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu seperti manusia, haiwan, atau benda. Oleh hal yang demikian, adakah penggunaan kata sendi "tentang" dalam ayat di bawah ini salah: 1. Kami sudah menguji orang yang terdahulu daripada mereka. Nyata apa yang diketahui oleh Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.Penggunaan "tentang" dalam ayat tersebut betul.Tatabahasa01.04.2013
SALAM TUAN, Saya nak tanya iaitu ada satu papan tanda tertulis : PARKIR PERCUMA FREE PARKING Soalan saya : Ejaan yang digunakan "PARKIR" betul ke?Parkir ialah perkataan Indonesia. Dalam bahasa Melayu kita menggunakan istilah "Tempat Letak Kereta" dan jika Free Parking ialah Tempat Letak Kereta Percuma.Tatabahasa17.10.2011
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah terjemahan untuk Bay Leaf. Dalam PRPM tertulis takrif dalam BM ialah Daun Bay. Namun bila saya buat carian Bay Leave, saya berjumap istilah sasar BM adalah Daun Salam. Jadi, apakah termajan sebenar untuk Bay Leaf? kita kekalkan Daun Bay atau Daun Salam. Terima kasih.Daun bay dan daun salam merujuk herba yang sama, iaitu bay leaf, kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa10.04.2015
1234

Kembali ke atas