Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Mencungkil pintu rumah yang terkunci atau mengumpil pintu rumah yang terkunci.Mana yang betul. 2.dua ekor kerang atau dua biji kerang. 3.Ayah memboncengkan atau menunggangkan adik dengan motosikal ke sekolah. Terima kasih.

1. Mengumpil pintu rumah yang terkunci. - Mengumpil bermaksud menanggalkan, mencabut dan sebagainya sesuatu yang terlekat atau tertutup rapat dgn tuil dan sebagainya.

2. Dua ekor kerang. - Dalam kamus Dewan, penjodoh bilangan untuk binatang ialah ekor, manakala biji - penjodoh bilangan untuk benda kecil

3. Adik membonceng motosikal ayah ke sekolah.

Tatabahasa30.05.2009
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012
2 Soalan: 1. Apakah maksud rapat umum? Ayat "ramai menyertai rapat umum untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan"...adalah betul? 2. Apakah kata adjektif yang boleh digunakan untuk mengambarkan ayam? Adakah ayat ini betul, "Oleh sebab ayam Pak Zahir sihat, ramai membeli ayam daripadanya." Jawapan yang diberikan dalam buku ialah salah atas penggunaan perkataan sihat.

Sdr. Piong Sin Yee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang;  jadi ayat ini betul

kata adjektif yang boleh digunakan bagi ayam antaranya ialah ayam segar, kukus, salai.

ayat yang diberikan tidaklah berapa tepat, biasanya ayam dikaitkan dengan segar/.

Makna12.09.2009
Daun tingkap rumahnya tutup rapat. Adakah ayat ini betul?Ayat contoh yang diberikan betul kerana tutup sama maksudnya dengan tertutup atau tidak terbuka.Tatabahasa21.11.2012
Salam, Mohon semak terjemahan istilah berikut: 1. Agreeableness = Kebersetujuan 2. Openness to Experiences = Keterbukaan kepada Pengalaman 3. Rank = Kedudukan 4. Introversion = Introversi 5. Hostile = Bermusuhan 6. Neurotic = Neurotik 7. Closed = Tertutup Terima kasihKami mencadangkan padanan seperti berikut:

1) "Agreeableness": kebersetujuan

2) "Openness to Experiences": menerima pengalaman secara terbuka

3) "Rank": pangkat atau kedudukan

4) "Introversion": introversi

5) "Hostile": musuh, bermusuhan, garang atau menentang

6) "Neurotic": neurotik

7) "Closed": tertutup atau rapat

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah31.07.2021

Kembali ke atas