Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru/] | تروق

Definisi : 1. amat sangat (bkn penyakit, keadaan pesakit, dll), keras sekali, tenat: tiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~; 2. hebat sekali (perkelahian, pukulan, dll), terlalu sangat: kalau Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~; 3. susah, sukar: negeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas tahun dan cukup ~ dibuatnya; 4. bp amat sangat buruknya (hodohnya, tidak baiknya, dsb sesuatu): ~ betul tulisannya;keterukan keadaan teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru/] | تروق

Definisi : bunyi spt bunyi kain robek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru/] | تروق

Definisi : 1 sangat kuat atau sangat berat (ttg penyakit): Bapanya sedang sakit ~. 2 hebat sangat atau terlalu sangat (ttg pergaduhan dll). 3 berat atau susah (ttg pekerjaan dll); sukar: Mereka terpaksa membuat kerja yg ~ utk menanggung nafkah hidup keluarga mereka. berteruk-teruk bersusah payah (dlm melakukan sesuatu): Si ibu sanggup ~ utk membesarkan anak-anaknya. menerukkan menjadikan atau menyebabkan teruk: Sikap orang ramai yg enggan memberikan kerjasama telah ~ lagi keadaan yg kelam-kabut itu. keterukan keadaan atau hal teruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teruk (adjektif)
1. Bersinonim dengan tenat: parah, genting, berat, melarat, akut, keras, kuat, kritikal, serius,
Berantonim dengan ringan

2. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, sulit, pahit, getir, jerih, pedih,
Berantonim dengan senang.


Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Dalam kendi dibubuh bunga;
Saya teruk kerana budi,
     Dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
overworkvt (act.) membuat [sso] bekerja terlalu /kuat, teruk/; (pass.) bekerja terlalu /kuat, teruk/: he never ~s his employees, dia tdk pernah membuat pekerja-pekerjanya bekerja terlalu teruk; the horses have obviously been ~ed, nampaknya kuda-kuda itu bekerja terlalu teruk; ~ os, bekerja terlalu /kuat, teruk/: don’t ~ yourself, will you?, janganlah bekerja terlalu kuat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
terrible3. very bad, unpleasant or unsatisfactory, teruk betul: the food was ~, makanan itu teruk betul; you do look ~!, kamu nampak teruk betul!; I’ve had a ~ day, hari ini saya teruk betul;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aggravationn 1. act of making worse, a. (gen) menjadikan /semakin, lebih, bertambah/ /teruk, buruk/, menjadi bertambah teruk: stress could cause an ~ of his condition, ketegangan boleh menyebabkan keadaannya menjadi bertambah teruk; to prevent any further ~ of the situation, utk mengelakkan keadaan itu drpd menjadi bertambah teruk; b. (sensation, state of mind, emotion) menambahkan lagi, mempertambah; c. (offence) pemberatan, memperberat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grievousadj 1. severe, parah, teruk; (of illness, pain, etc) teruk: ~ bodily harm, cedera parah; ~ wound, luka teruk; he suffered ~ injuries during the war, dia mengalami cedera parah semasa perang; ~ pain, sakit teruk; 2. serious, besar: a ~ error that cost many lives, kesilapan besar yg telah mengorbankan nyawa yg banyak; a scandal that might do ~ damage to the company’s image, skandal yg mungkin membawa kerosakan yg besar kpd imej syarikat itu; 3. full of grief, penuh hiba: a ~ cry, tangisan penuh hiba; 4. causing grief or sorrow, menyedihkan, mendukacitakan, memilukan, menghibakan: his death was a ~ loss to the nation, kematiannya merupakan kehilangan yg memilukan seluruh negara itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stinker n (sl) teruk: my boss is a real ~, bos saya teruk betul orangnya; the second question was a ~, soalan kedua itu teruk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
severe 2. very bad, teruk; (of wound, injury, etc) parah, teruk: ~ food shortage, kekurangan makanan yg teruk; he was treated for ~ burns on his back, dia dirawat krn luka terbakar yg parah di bahagian belakangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sorry 4. in a bad state, teruk: we were in a ~ plight, kami berada dlm keadaan yg teruk; I’ve never seen such a ~ excuse for an essay, tdk pernah saya lihat esei yg begitu teruk; ~ state of affairs, keadaan yg teruk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grievouslyadv (of injury, wound, etc) parah, teruk; (of pain, illness) teruk: he’s ~ ill, dia sakit teruk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beatingn 1. thrashing, pukulan: the ~ left marks all over his body, pukulan itu meninggalkan bekas di seluruh tubuhnya; 2. (of drum ), (bunyi) pukulan: the constant ~ of the drums kept the wild animals at bay, pukulan gendang yg berterusan menyebabkan binatang liar tdk berani dekat; get a ~, a. be thrashed, dipukuli, dibelasah; b. suffer defeat, dikalahkan dgn teruk, mengalami kekalahan yg teruk, kalah teruk; give so. a ~, a. beat so. severely, /memukul(i), membelasah/ sso; b. defeat so., mengalahkan sso dgn teruk; take a ~, a. bring defeat on os, dikalahkan dgn teruk, mengalami kekalahan yg teruk, kalah teruk; b. bring severe criticism on os, menerima kritikan hebat; take /some, a lot of/ ~, sukar /ditandingi, diatasi/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beast~ of a, teruk: that ~ of an overseer ordered me to work extra hours, mandur yg teruk itu menyuruh saya bekerja lebih masa; it’s a ~ of a job!, teruk betul kerja ini!; the ~, sifat /kehaiwanan, kebinatangan/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas