Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru/] | تروق

Definisi : 1. amat sangat (bkn penyakit, keadaan pesakit, dll), keras sekali, tenat: tiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~; 2. hebat sekali (perkelahian, pukulan, dll), terlalu sangat: kalau Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~; 3. susah, sukar: negeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas tahun dan cukup ~ dibuatnya; 4. bp amat sangat buruknya (hodohnya, tidak baiknya, dsb sesuatu): ~ betul tulisannya;keterukan keadaan teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru/] | تروق

Definisi : bunyi spt bunyi kain robek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru/] | تروق

Definisi : 1 sangat kuat atau sangat berat (ttg penyakit): Bapanya sedang sakit ~. 2 hebat sangat atau terlalu sangat (ttg pergaduhan dll). 3 berat atau susah (ttg pekerjaan dll); sukar: Mereka terpaksa membuat kerja yg ~ utk menanggung nafkah hidup keluarga mereka. berteruk-teruk bersusah payah (dlm melakukan sesuatu): Si ibu sanggup ~ utk membesarkan anak-anaknya. menerukkan menjadikan atau menyebabkan teruk: Sikap orang ramai yg enggan memberikan kerjasama telah ~ lagi keadaan yg kelam-kabut itu. keterukan keadaan atau hal teruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teruk (adjektif)
1. Bersinonim dengan tenat: parah, genting, berat, melarat, akut, keras, kuat, kritikal, serius,
Berantonim dengan ringan

2. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, sulit, pahit, getir, jerih, pedih,
Berantonim dengan senang.


Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Dalam kendi dibubuh bunga;
Saya teruk kerana budi,
     Dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
II (anafasa II) Fasa ketika sentromer bercerai, kromatid mula bergerak ke kutub sel. (BIO) anaphrodisiac (anafrodisiak) Agen yang mengurangkan atau menghapuskan naluri atau nafsu seks. (UBAT) anaphylaxis (anafilaksis) Kehipersensitifan yang teruk terhadap protein atau bahan asing tertentu, yang mencetuskan perembesan histamina, prostaglandin, kinin dan bahan kimia lain. Keadaan ini dicirikan dengan ruam di seluruh tubuh, penurunan tekanan se - hingga mengakibatkan renjatan 705 kg/m 3 hingga 855 kg/m 3 , dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu sederhana keras dan berat. Kayu arau mudah diproses dan dikeringkan tanpa mengalami kecacatan yang teruk. Kayu ini sesuai dijadikan tiang, gelegar, alang, lantai dan juga digunakan un - tuk membuat perabot. (HUT) arachnoid arau Kamus Sains.indb 99 7/8/08 11:46:31 AM 100

Kembali ke atas