Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rung] | تروڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek dan herba yg buahnya boleh dimakan); ~ asam sj terung, Solanum ferox; ~ bali sj terung, Solanum lyphopesicum; ~ belanda = ~ asam hutan = ~ kapal = ~ perat = ~ piat = ~ pusat = ~ puyuh sj terung, Solanum aculeatissimum; ~ biru = ~ cina = ~ hijau = ~ manis = ~ ungu sj terung, Solanum melongena; ~ hitam = ~ meranti sj terung, Solanum nigrum; ~ pipit sj terung, Solanum sarmentosum; ~ pipit putih = ~ raya wang = ~ rembang sj terung, Solanum torvum; laksana ~ bertunang ikan kering prb perihal dua benda yg sangat sesuai; tua-tua ~ asam prb orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rung] | تروڠ

Definisi : Kd; harimau ~ kasau sj harimau, Felis tigris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rung] | تروڠ

Definisi : beberapa jenis pokok renek atau buahnya (buahnya boleh dimasak sbg sayur), Solanum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terung

Puisi
 

Terung ini terung di Jeddah,
     Tiada bercabang cantik lagi;
Tenung ini tenung penyudah,
     Tiadakan balik lagi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai terung terantuk ke dinding.

Bermaksud :

Datang berkunjung sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Gabungkaan kedua-dua ayat tunggal. A)Datuk menanam pokok terung. B)Datuk menanam pokok tomato.(dan) JAWAPAN:1.Datuk menanam pokok terung dan tomato. JAWAPAN2:Datuk menanam pokok terung dan (pokok) tomato. Jawapan yang mana satu betul?Jawapan yang betul ialah "Datuk menanam pokok terung dan pokok tomato."Tatabahasa09.11.2014
salam, yang manakah betul, 1.'sebatang timun atau sebiji timun'? 2.'sebatang pisang atau sebiji pisang'? 3. 'sebatang terung atau sebiji terung'? apakah penggunaan yang sebetulnya untuk penjodoh bilangan 'batang' dan 'biji'. terima kasih

Mengikut data kami, penjodoh bilangan yang sesuai ialah 1. sebiji timun 2. sebiji pisang 3. sebiji terung 4. sebatang pohon pisang. Untuk makluman puan, tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda.
Lain-lain08.02.2017
Salam sejahtera. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk "terung" dan "pelukan"? Terima kasih.Penjodoh bilangan untuk terung ialah "biji".  Cotoh: Sebiji terung.
Manakala bagi perkataan pelukan pula, tidak ada penjodoh bilangan untuk perkataan ini kerana ia adalah kata kerja yang tiada jisim untuk dikira.
Lain-lain10.04.2014
Adakah ayat ini betul? 1. Tomato adalah sayur berjenis buah 2. Sawi adalah sayur berjenis sayur. Adakah frasa "sayur berjenis sayur" di atas betul penggunaannya.Untuk makluman tuan, Tomato ialah sejenis tumbuhan (herba yang buahnya boleh di­makan), ranti merah, terung bali, Lycoper­sicum esculentum (Solanum lycopersicum). Tomato juga merupakan tanaman herba tahunan yang berasal dari Amerika Selatan, mempunyai buah yang digunakan sebagai sayuran, daun-daunnya berbentuk pinat dan bunganya berwarna kuning.

Sawi pula ialah sejenis  tumbuhan (herba) yang dibuat sayur, Brassica rugosa.
Tatabahasa12.10.2017
Mohon pencerahan.. 1.Ampun, tuanku. Patik menjunjung kasih. 2. Baiklah, tuanku.Patik menjunjung kasih. Ayat pertama atau ayat kedua yang betul?@ kedua2 diterima sebagai jawapan.. 3.Penggunaan tanda baca koma. Dalam buku teks bm tahun 6 sjkc, ms 82. Penggunaan koma pada setiap perktaan yg terdiri daripada kategori yg sama perlu dibubuh koma. Contoh ayat, emak menjual sayur kangkung, bayam, sawi, dan terung. Tetapi Jika dlam buku teks tahun 6 ayat jati diri, kewarganegaraan, dan patriotisme. Namun, dalam ms 83 ayat yang sama, tanda koma tidak di bubuh..Mohon pihak DBP semak akan hal ini agar tidak menimbulkan kekeliruan semasa menyampaikan Pdp..Terima kasih..Selamat petang.

1. Ayat 1 dan 2 betul.
2. Penggunaan tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah unsur-unsur kata dan frasa yang berlarutan. Oleh itu, sepatutnya tiada tanda koma pada frasa tersebut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa02.08.2016
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012
saya ingin tanya tentang pelipur lara.jenis,bentuk,peranan dan lain-lain yang berkenaan dengan pelipur lara.harap anda dapat membantu.terima kasih

Pelipur lara ialah orang yang pandai bercerita dengan panjang lebar dan pandai menyampaikan cerita sehingga boleh menarik perhatian pendengar( khalayak). Secara umum, orang yang menyampaikan sesuatu cerita (pada waktu dahulu) dikenali sebagai penglipur lara, namun terdapat nama lain atau panggilan lagi kepada pencerita berdasarkan daerah atau negeri. Contohnya di Perlis dan Langkawi di panggil Awang Batil atau Awang Belanga. Di Kedah pula dipanggil Tuk Jubang, sedangkan di Kelantan digelar Tuk Selampit dan di Pahang di panggil Pencerita sahaja.

Jenis-jenis cerita penglipur lara yang selalu dituturkan ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Terung Pipit dan beberapa lagi hikayat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dahulu.

Bentuk cerita penglipur lara mudah dan lurus. pada umumnya bentuk ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kelahiran wira, pengembaraan wira dan kejayaan wira dalam pengembaraan dan pulang ke negeri asalnya.

 

Lain-lain23.04.2008
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan

Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat.

Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu:

i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut.

ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.

iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran.

Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti:

a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong

b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil

c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.

d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Lain-lain01.09.2009

Kembali ke atas