Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rung] | تروڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek dan herba yg buahnya boleh dimakan); ~ asam sj terung, Solanum ferox; ~ bali sj terung, Solanum lyphopesicum; ~ belanda = ~ asam hutan = ~ kapal = ~ perat = ~ piat = ~ pusat = ~ puyuh sj terung, Solanum aculeatissimum; ~ biru = ~ cina = ~ hijau = ~ manis = ~ ungu sj terung, Solanum melongena; ~ hitam = ~ meranti sj terung, Solanum nigrum; ~ pipit sj terung, Solanum sarmentosum; ~ pipit putih = ~ raya wang = ~ rembang sj terung, Solanum torvum; laksana ~ bertunang ikan kering prb perihal dua benda yg sangat sesuai; tua-tua ~ asam prb orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rung] | تروڠ

Definisi : Kd; harimau ~ kasau sj harimau, Felis tigris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rung] | تروڠ

Definisi : beberapa jenis pokok renek atau buahnya (buahnya boleh dimasak sbg sayur), Solanum spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terung

Puisi
 

Terung ini terung di Jeddah,
     Tiada bercabang cantik lagi;
Tenung ini tenung penyudah,
     Tiadakan balik lagi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai terung terantuk ke dinding.

Bermaksud :

Datang berkunjung sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Terung asam terung berbulu, Mari ambil buat kerabu; Jangan tuan salah keliru, Nak cari umbut terkena buku.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Terung ini terung di Jeddah, Tiada bercabang cantik lagi; Tenung ini tenung penyudah, Tiadakan balik lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Budak-budak beli terung, Kalau terung dimasak minyak; Lagi ditimbang baik diborong, Kalau ditimbang untung tak banyak.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Terung catur tepi sempadan, Tanam gelugur di tebing tinggi; Sudah patut sudah padan, Sudah ukur sama tinggi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Beli terung beli kucai, Makan mari bulan puasa; Kena cium orang bermisai, Tiga tahun terasa-rasa.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tanam terung tepi beting, Anak bangau turun mandi; Berapa banyak pukat keliling, Ikan tak mahu serahkan diri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Waktu menteri berdagang terung, Celananya basah kena santan; Pilulah hati memandang umat, Rajanya serakah lupa daratan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Galah pendek penjolok terung, Masak sebiji dimakan tupai; Awaklah pendek gemuk gedempung, Hendak berbini tinggi semampai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada untungnya membeli terung, Walau direndam tidakkan lengit; Ada untungnya berlaki ompong, Walau geram tak dapat menggigit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak Cina berjual terung, Hilang sebiji di tapak tangan; Sudah lama ayam kukurung, Cuba-cuba lepas di laman.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas