Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.rus]/[ter.u.rus] | تراوروس

Definisi : sudah diurus, terjaga (terpelihara) dgn baik: mereka melihat rambut yg tidak ~; kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru.rus]/[ter.u.rus] | تراوروس

Definisi : dpt atau sudah diurus; terpelihara; terselenggara dgn baik: Pakaiannya tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah perkataan "terurus" bermaksud "kemas"?Terurus bermaksud terjaga atau terpelihara dengan baik atau sempurna; manakala kemas bermaksud teratur. Makna26.04.2022
APAKAH MAKNA PENGURUSAN MASA DALAM HIDUP??Maksud pengurusan masa dalam hidup ialah bagaimana seseorang itu menguruskan dan memanfaatkan masa secara berkesan, teratur dan terurus dalam melakukan aktiviti harian. Untuk penjelasan lanjut, saudara digalakkan mencari artikel yang berkaitan di mana-mana perpustakaan/pusat sumber atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu tugasan saudara.Lain-lain02.03.2010
mohon penjelasan penggunaan kata KEMAS yang betul. 1. Soraya memegang tangan adiknya dengan KEMAS semasa mereka hendak melintas jalan. 2. Encik Omar menyemak hasil laporan itu dengan KEMAS sebelum menghantarnya kepada Tan Sri Hashim.Perkataan "kemas" adalah bersinonim atau seerti dengan "rapi, terurus, teratur, tersusun, dll.". Perkataan "kemas " juga bersinonim dengan "kuat, teguh, erat, kukuh,bersih, segar, selesai, dll."Tatabahasa19.05.2015

Kembali ke atas