Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.rus]/[ter.u.rus] | تراوروس

Definisi : sudah diurus, terjaga (terpelihara) dgn baik: mereka melihat rambut yg tidak ~; kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru.rus]/[ter.u.rus] | تراوروس

Definisi : dpt atau sudah diurus; terpelihara; terselenggara dgn baik: Pakaiannya tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
managed accountakaun terurusPentadbiran PerniagaanTiadaAkaun pelaburan yang diuruskan oleh seorang profesional berdasarkan komisen. Dana akaun ini didapati daripada beberapa orang pelabur yang berkongsi keuntungan yang diperoleh atas dasar prorata. Keputusan pelabur dibuat oleh pengurus yang mengurusnya.
managed portfolioportfolio terurusPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio seperti pengurusan Unit Amanah, ASN, ASB, Tabung portfolio MARA yang diuruskan oleh seorang profesional.
managed portfolioportfolio terurusEkonomiTiadaTiada
managed accountakaun terurusEkonomiTiadaTiada
managed carejagaan terurusGerontologiTiadaPenjagaan kesihatan yang diuruskan oleh seseorang atau organisasi.
managed carejagaan terurusKejururawatanTiadaRawatan kesihatan yang diberikan mengikut perancangan.
managed floatapungan terurusEkonomiTiadaSistem yang digunakan oleh sesebuah negara yang membiarkan kadar pertukaran mata wangnya ditentukan oleh pasaran wang asing, kecuali dalam keadaan tertentu apabila autoriti kewangan negara itu campur tangan untuk mengurangkan turun naik kadar pertukaran yang bersifat jangka pendek. Autoriti kewangan tidak akan campur tangan sekiranya perubahan kadar pertukaran mata wang selari dengan arah aliran jangka panjang.
unmanaged portfolioportfolio tidak terurusPentadbiran PerniagaanTiadaPortfolio yang tidak diuruskan secara formal oleh mana-mana badan profesional dengan pengelompokannya terjadi atas sebab-sebab tertentu secara tidak sedar, misalnya kelompok saham yang menjadi komponen indeks komposit.
unmanaged portfolioportfolio tidak terurusEkonomiTiadaTiada
managed learning environment (MLE)persekitaran pembelajaran terurus (MLE)Teknologi Maklumate-PembelajaranSuatu konsep sistem pembelajaran yang menggabungkan semua aspek persekitaran pembelajaran maya dengan sistem pengurusan maklumat pelajar-pengajar menerusi sistem sokongan dalam talian bersepadu bagi menyediakan persekitaran komunikasi dan aktiviti yang lebih kaya dan beraneka. Contoh pelaksanaan MLE seperti Blackboard, Moodle dan Ultranet. Lihat juga persekitaran pembelajaran maya (VLE).
123

Kembali ke atas