Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.san] | تروسن

Definisi : 1. sungai buatan dll yg meng­hubungkan dua lautan (utk pelayaran), susukan: T~ Panama; T~ Suez; 2. bp sam­bungan, lanjutan: ini adalah ~ drpd cerita dahulu; 3. bp terus-terusan, terus-menerus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru.san] | تروسن

Definisi : sungai buatan yg menyambungkan dua buah lautan (biasanya utk pelayaran): ~ Panama; ~ Suez. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah beza perkataan 'selamanya' dan 'selama-lamanya'? Terima kasih.Waalaikumussalam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Selamanya bermaksud:
Untuk jangka masa yg lama dan ber­terusan: Contoh ayat: Manusia tidak selamanya muda.

Selama-lamanya bermaksud:

1.Yang sangat lama, paling lama: Contoh ayat: Selama-lamanya dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia;
2. Tidak berkesudahan, kekal: Contoh ayat: Dia berikrar tinggal di Singapura selama-lamanya.

Maksud kedua-dua perkataan hampir sama tetapi tidak boleh digunakan pada ayat yang sama.  Penggunaan perkataan ini bergantung kepada konteks ayat dan maksudnya.
Makna09.04.2014
Jadi, "mengairi sawah padi" adalah betul dan "mengairkan sawah padi" adalah salah?Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, ‘mengairi’ bermakna mengalirkan air ke; membubuh air pada; menggenangi (sawah). Contoh ayat: Mereka menggunakan terusan pengairan untuk mengairi sawah. Tatabahasa01.05.2014
Apaka perbezaan antara parit dan longkang?Parit bermaksud 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); manakala longkang pula ialah parit, limbahan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain04.03.2010
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai.

Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia.  Muhibah yang  bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara.

 

Sekian.

Lain-lain13.12.2010
Assalamualaikum/Salam sejahtera, 1. Boleh atau tidak perkataan TEMBUSAN digunakan sebagai ganti kata SALINAN KEPADA atau carbon copy(c.c) kerana ada negara jiran yang menggunakannya. 2. Ada jabatan pelajaran mahupun kementerian menggunakan kata GALUS untuk pelajar yang kelompok gagal dan lulus.Dalam kamus dewan saya cari tapi tidak jumpa.Oleh itu akronim tersebut diterima pakai atau tidak oleh DBP.Jika tak sesuai apa perkataan yang sesuai untuk kumpulan pelajar tersebut. 3. Di tempat kerja saya ada blok bangunan baru 3 tingkat. Paras bawah sekali dikosongkan dan disediakan sebuah pentas untuk acara-acara tertentu.Buat sementara waktu ruang tersebut diberi nama DEWAN TERBUKA. Ada cadangan untuk memberi nama baru yang lebih kreatif.Soalannya saya sesuaikah diberi nama DEWAN... atau DATARAN...atau PENTAS... atau BALAI...atau perkatan lain yang sesuai dengan fizikal tempat tersebut.

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, entri tembusan mempunyai 4 takrifan, iaitu 1.   sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal. Oleh itu, entri tembusan merujuk makna ke-4 yang bermaksud salinan surat asal. Walau bagaimanapun, saudara digalakkan menggunakan frasa salinan kepada (s.k) yang digunakan dalam konteks surat rasmi di negara kita.

2. Tidak terdapat perkataan galus sebagai akronim gagal dan lulus untuk pelajar sekolah yang terakam dalam mana-mana kamus atau buku terbitan DBP. Pihak kami mencadangkan digunakan istilah lulus bagi pelajar yang lulus dan gagal bagi pelajar yang gagal. 

3. Sesuai digunakan perkataan dewan kerana dewan bermaksud balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (spt persidangan, perjumpaan, forum, ceramah, dll). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui takrifan entri dewan, balai, pentas, dataran. Saudara juga boleh melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Istilah23.07.2009

Kembali ke atas