Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.té/] | تيتيق

Definisi : (téték) buah dada, susu; menetek menghisap tetek, menyusu; meneteki memberi minum air susu kpd, menyusui; menetekkan membiarkan menyusu pd, menyusukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.té/] | تيتيق

Definisi : (téték) II; ~-bengek segala perkara yg kurang penting atau tidak berguna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.té/] | تيتيق

Definisi : /téték/ 1 buah dada; susu. 2 kelenjar susu haiwan (spt lembu, kambing) yg menyerupai kantung dan mempunyai dua puting atau lebih. menetek menghisap air susu dr tetek; menyusu: Bayi itu menangis kerana hendak ~. meneteki memberikan tetek supaya dihisap; menyusui: Ibu itu sedang ~ bayinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetek (kata nama)
Bersinonim dengan payu dara, buah dada, buah susu, susu;,
Kata Terbitan : menetek, meneteki,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mammamamaSainsHidrometeorologiBonjolan tergantung, seperti tetek lembu, pada permukaan bawah awan. Sifat tambahan ini kebanyakannya terdapat pada sirus, sirokumulus, altokumulus, altostratus, stratokumulus dan kumulus.
cowpoxcacar lembuSosiologiTiadaSuatu jangkitan virus pada tetek lembu, ditularkan kepada manusia melalui sentuhan langsung.
residual milksusu bakiVeterinarTiadaSusu yang tertinggal dalam tetek ternakan tenusu yang tidak dikeluarkan walaupun diperah dengan sempurna secara mekanikal atau dengan tangan. Selalunya amaun susu ini ialah sebanyak 10% daripada jumlah susu yang dihasilkan. Sinonim susu residu.
mammamamaMeteorologiMeteorologi PerhubunganCiri tambahan berbentuk bonjolan yang tergantung seperti tetek lembu, pada permukaan bawah awan. Ciri tambahan ini kebanyakannya terdapat pada genus sirus, sirokumulus, altokumulus, altostratus, stratokumulus dan kumulonimbus.
Meissner’s corpusclekorpusel MeissnerBiologiHistologi dan SitologiKorpusel taktil yang terdapat di dalam kulit jari, bibir dan puting tetek dan lain-lain, dan fungsinya berkait dengan deria sakit.korpusel Wagner.
vacciniavaksiniaBiologiMikrobiologiCacar lembu yang menular dan boleh berjangkit kepada manusia. Gejala jangkitan ini ialah pertumbuhan papul dan pastul di bahagian tetek dan puting susu.

Kembali ke atas