Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ti.kus] | تتيکوس

Definisi : (Komp) sj peranti komputer yg diguna-kan sbg penunjuk utk mengawal kursor dan utk memilih objek pd tabir paparan kom-puter; ~ optik sj tetikus yg menggunakan kaedah optik spt sinaran inframerah (tidak dgn menggunakan talian dawai) utk mewujud­kan hubungan dgn komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ti.kus] | تتيکوس

Definisi : alat yg digunakan sbg penunjuk utk mengawal kursor dan utk me­milih objek pd skrin komputer. ~ optik tetikus yg menggunakan kaedah optik, spt sinaran inframerah (tidak menggunakan wayar) utk mewujudkan hubungan dgn komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tetikus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah berikan penjodoh bilangan yang sesuai untuk jodoh, tetikus, syiling,dan tahi? Sila jelaskan. Terima Kasih!Tidak semua kata memerlukan penjodoh bilangan seperti kata jodoh, ada perkataan hanya perlu diberikan unit sahaja seperti satu tetikus, dua tetikus Bagi kata syiling penjodoh bilangan yang sesuai ialah keping - penjodoh bilangan bagi sesuatu yang pipih dan nipis (seperti kad, kertas, papan, dan sebagainya), dan penjodoh bilangan tahi ialah ketul -  penjodoh bilangan untuk benda yang berbuku-buku.Tatabahasa14.03.2010
Selamat sejahtera. Adakah perkataan "tetikus" merupakan kata ganda separa? Jika ya, maka boleh katakan kata dasar bagi "tetikus" ialah "tikus"?Tetikus ialah kata ganda separa dan kata dasarnya ialah tikus.Tatabahasa30.05.2012
Selamat sejahtera... Kata ganda terbahagi kepada 3 iaitu kata ganda penuh, kata ganda berentak dan kata ganda separa. Saya inginkan penjelasan lanjut tentang kata ganda separa, iaitu adakah semua perkataan boleh digandakan menggunakan kata ganda separa ? Sebagai contoh, pohon menjadi pepohon, rambut menjadi rerambut, tingkap menjadi tetingkap dan sebagainya. Adakah kipas boleh menjadi kekipas, ladang menjadi leladang, benda menjadi bebenda, baju menjadi bebaju sekiranya kita menggunakan kata ganda separa untuk perkataan tersebut ? Jika ada kekecualian atau kategori perkataan yang boleh digunakan, perkataan yang bagaimana boleh menggunakan kata ganda separa dan perkataan yang bagaimana tidak boleh menggunakan kata ganda separa ? Terima kasih...

Encik Abdul Razak,

Pergandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa30.03.2010
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami.
2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari.
3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas.
4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk);

5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius.

6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa20.12.2013
Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya tentang perkataan, "klik". Adakah "mengeklik" betul atau "mengklik"? Saya selalunya menggunakan mengklik tetapi telah ditolak oleh penyunting. Mohon pencerahan pihak PRPM. Contoh ayat: "The person you are calling can click, YES". Terjemahan: Orang yang sedang anda hubungi boleh mengklik, YA". Terima kasih.
Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, kata "mengklik" bermaksud "menekan (butang pada peranti tetikus) untuk memberitahu komputer supaya memilih objek yang sedang ditunjukkan oleh kursor atau melakukan fungsi yang dipilih". Tiada perkataan "mengeklik" dalam bahasa Melayu. Contoh ayat: "Orang yang sedang anda hubungi boleh mengklik, YA".

Tatabahasa01.02.2023
Salam. Apakah terjemahan bagi istilah Bahasa Inggeris "hover" dalam konteks bidang komputer, di mana kita meletakkan kursor kita di atas sesuatu elemen tanpa menekannya. Contohnya: "Hover over the button to read more." Terima kasih.Berdasarkan pencarian kami, hover mempunyai maksud yang sama dengan mouseover.

Dalam data kami, padanan untuk istilah mouseover ialah "tetikus di atas" dan istilah ini adalah dalam bidang Teknologi Maklumat.

Bersama-sama ini disertakan pautan istilah tersebut.

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mouseover&d=376296&#LIHATSINI
Penyemakan dan penterjemahan09.06.2020
Assalamualaikum. Saya tak dapat muat turun dokumen... Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dari sini... http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=39&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID&Page=1&PHPSESSID=6f21ffb331791cbf68532cc3c9271241 Mohon bantuan. Terima kasih.Terima kasih kerana memanfaatkan bahan yang disediakan oleh DBP. Buat pengetahuan tuan, fail yang disediakan ini dalam bentuk PDF. Jika tuan letakkan ikon tetikus pada bahagian bawah skrin PDF tersebut pasti ada ikon untuk besarkan skrin, kecilkan skrin, simpan dan cetak. Tuan boleh manfaatkan ikon simpan dan cetak. Harap maklum.Lain-lain05.01.2014
Adakah maksud berbeza antara "rumput" , "rerumput" serta "rumput-rumput" ? Atau perkataan tersebut hanya beza dalam kategori tatabahasa sahaja?
"Rumput" tergolong dalam kata dasar yang bermaksud sejenis tumbuhan yang melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dan sebagainya)

"Reremput" berasal daripada proses penggandaan separa. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar "rumput". Contoh lain: lelaki, sesiku, tetikus, pepohon dan sebagainya. 

"Rumput-rumput" tergolong dalam kata ganda penuh iaitu proses mengulang keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar bentuk tunggal atau berimbuhan. Contohnya: meja-meja, cerpen-cerpen, pemimpin-pemimpin dan sebagainya. 

Tatabahasa23.10.2022
[Tiada perkataan "kededua" dalam rujukan kami. Sekiranya yang dimaksudkan 'kedua-dua', maka penggunaannya adalah betul. Kedua-dua bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. Perkataan ketiga-tiga dan keempat-empat boleh digunakan.] - oleh sebab perkataan "kedua-dua" telah melalui proses penggandaan separa dan diterima bentuknya sebagai "kededua", adakah ini bermaksud kita boleh aplikasi formula yang sama ke atas perkataan-perkataan seperti "ketiga-tiga" menjadi "ketetiga" dan "keempat-empat" menjadi "ke-e-empat" dan seterusnya? Terima kasih.Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Contoh penggandaan penuh ialah meja-meja, rumah-rumah, pelatih-pelatih, amalan-amalan dan persatuan-persatuan. Manakala penggandaan separa ialah lelaki, pepohon, tetikus, sesiku, berkata-kata, sepandai-pandai, sayur-sayuran, risik-risikan, jadi-jadian, dan kebarat-baratan. Penggandaan berentak pula ialah kuih-muih, gotong-royong, batu-batan, dolak-dalik, gelap-gelita, anak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang.  Merujuk kepada pertanyaan mengenai 'kededua' dan 'ketetiga', tiada dalam rujukan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 76 - 79.Tatabahasa11.08.2010
assalamualaikum tuan,saya musykil tentang permohonan papan tanda saya yang ditolak atau tidak menepati ciri ciri bahasa malaysia.Diharap dapat kiranya pihak tuan memberikan kesalahan pada papan tanda kedai saya supaya saya dapat membuat pembetulan dengan secepat mungkin.Untuk pengetahuan pihak tuan saya sedang memohon permit perniagaan daripada MBSA dan ingin mempercepatkan proses permohonan tersebut kerana khuatir akan dikenakan tindakan daripada MBSA. Sekian.Terima kasih. Wassalam.Penggunaan bahasa Melayu dalam papan tanda yang dilampirkan mempunyai kesalahan tatabahasa. Sila buat pembetulan seperti yang berikut:

a. MENCETAK DAN MEMBEKAL = PENCETAK DAN PEMBEKAL
b. T-SHIRT, JERSEY UNIT PERSATUAN , MUG, WOVEN BAG, CAP, PEN, LANYARD, SEMINAR BAG, MOUSE PAD = KEMEJA-T, JERSI, KEMEJA-T UNIT PERSATUAN, KOLE, BEG ANYAM, TOPI, PEN, LANYARD, BEG SEMINAR, PAD TETIKUS.

Tatabahasa15.07.2013
12

Kembali ke atas