Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.was] | تيواس

Definisi : (téwas) 1. menderita kekalahan, kalah (dlm permainan, pertandingan, dll): ~ dlm pertandingan kejohanan badminton; 2. gugur (dlm peperangan), mati, terkorban: mereka telah ~ dlm peperangan itu; 3. tidak lulus (dlm ujian), gagal, kandas: dia telah ~ dlm ujian itu; 4. sl cela, cacat, aib, keku­rang­an (dlm ilmu dll): baiklah hamba pergi ber­guru kepadanya, kerana hamba sangat ~ pd ilmu penjurit; menewaskan 1. mengalahkan (musuh dll), menundukkan: dia yakin bahawa dia akan dapat ~ lawannya dlm pertandingan itu; 2. membunuh musuh (dlm peperangan, pertem­puran), mematikan; ketewasan 1. kekalahan (dlm permainan dll); 2. kematian (dlm perang dll); 3. kecelaan, kecelakaan, kegagalan, bencana; 4. kalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.was] | تيواس

Definisi : /téwas/ 1 tidak menang; kalah (dlm permainan dll): Pasukan sekolahnya telah ~ dlm pertandingan badminton antara sekolah-sekolah. 2 terkorban (dlm peperangan dll); mati: Askar-askar itu ~ dlm peperangan. menewaskan 1 mengalahkan lawan dlm pertandingan dll; menundukkan: Dia telah berjaya ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 membunuh musuh dlm peperangan dll; mematikan. ketewasan 1 keadaan atau hal tewas; kekalahan. 2 kecelakaan; bencana. 3 telah ditewaskan; kalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tewas (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kalah: tumpas, kecundang, gagal, kandas,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan gugur: mati, terkorban,

Kata Terbitan : menewaskan, ketewasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
double knockouttewas gandaPendidikanTiadaTiada
tko (technical knockout)tewas teknikPendidikanTiadaTiada
defeated streamsungai tewasGeografiTiadaTiada
tko (technical knockout)tewas teknikSukanTiadaTiada
win by knockoutmenang tewas jatuh (Tinju)PendidikanTiadaTiada
win by knockoutmenang tewas jatuh (Tinju)SukanTiadaKeputusan yang diambil oleh pengadil apabila pihak lawan tidak dapat melanjutkan perlawanan, setelah pengadil membilang atau mengira sehingga sepuluh, pada sukan tinju.
prisoner of wartawanan perangSejarahTiadaOrang-orang yang dijadikan tawanan selepas tewas dalam peperangan yang dikecualikan daripada beberapa hal menurut undang-undang atau perjanjian antarabangsa.
prisoner of war campkem tawanan perangSejarahTiadaTempat tinggal orang-orang yang dijadikan tawanan selepas tewas dalam peperangan.
rear guardbarisan belakangSejarahTiadaPasukan tentera diletakkan di barisan belakang sebagai persediaan menyerang semula sekiranya barisan hadapan tewas.
disintegrationpenyepaian/pengecaian;perpecahanSejarahTiada1. Perpecahan: Perihal menghancurkan atau berpecah-pecah atau menjadi bahagian yang kecil biasanya sesebuah negara yang tewas dalam peperangan.
12

Kembali ke atas