Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata thistle


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THISTLE

Thistle ialah nama yang diberi kepada

sekumpulan tumbuhan yang mempunyai spina dan

duri tajam. Thistle adalah rumpai yang

mengganggu. Ia tumbuh di banyak bahagian di

dunia. Thistle yang paling biasa adalah thistle

menjalar , thistle lembing, thistle halus, dan thistle

Scotland . Thistle tumbuh di padang rumput ternak,

ladang bijian dan ladang rumput kering, dan di

sepanjang jalan, tempat tanah subur. Thistle yang

paling mengganggu, iaitu thistle menjalar, adalah

tumbuhan saka, yang tumbuh tahun demi tahun

tanpa ditanam semula. Tiga spesies lagi adalah

tumbuhan dwitahunan yang tumbuh selama dua

tahun sahaja.

UMUM 
SOW THISTLE

Sow thistle ialah nama bagi sekumpulan rumpai

yang tumbuh liar di Eropah. Sow thistle

tahunan tumbuh dari 60 sentimeter hingga 90

sentimeter tingginya dan mempunyai batang

bercabang. Ia mengandungi jus seperti

susu, dan kuntum bunganya mempunyai

gugusan bunga kecil bak dandelian berwarna

kuning pucat. Sow thistle saka mempunyai bunga berwarna kuning pekat.

UMUM 
THISTLE MENJALAR

Thistle menjalar adalah satu daripada rumpai

yang paling mengganggu. Ia berasal dari Eropah

dan Asia dan kini tumbuh di sebahagian besar

utara Amerika Syarikat dan selatan Kanada. Thistle

ini mempunyai daun yang berduri dan bunga yang

kecil berwarna samar, ungu, atau putih.

UMUM 
ARTICOK

Articok ialah sejenis tumbuhan besar bak thistle

yang menghasilkan kudup bunga yang boleh

dimakan. Sisik dan jantung (pusat) bunga itu

dimakan sebagai sayur. Jantungnya pula biasanya

ditinkan ataupun dibekukan. Articok membekalkan

sebilangan vitamin dan mineral. Kadang-kadang

articok dikenali sebagai articok glob. Ia berasal

dari kawasan Mediterranean.

UMUM 
TANSY

Tansy ialah tumbuhan yang berkaitan dengan

thistle . Ia mula tumbuh liar di Eropah dan Siberia.

Kini ia sering ditanam di taman dan biasanya terdapat

di Amerika Utara dan New Zealand. Daun dan

bunganya berasa pahit dan berbau kuat. Daunnya

pernah digunakan sebagai perisa. Daunnya yang

berwarna hijau tua mengeluarkan minyak yang

dikenali sebagai minyak tansy . Minyak ini beracun,

tetapi digunakan dalam ubat-ubatan. Bunganya

berwarna kuning.

Pengelasan saintifik. Tansy membentuk genus

Tanacetum dalam famili Compositae (Asteraceae).

UMUM 

Kembali ke atas