Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tia.da] | تياد

Definisi : 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau ban­dingannya; dgn ~ tanpa; tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan tidak; meniadakan 1. = mempertiadakan meng-anggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; peniadaan perihal meniadakan (meng­hapuskan, membatalkan, dll); ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tia.da] | تياد

Definisi : 1 tidak ada: Bapanya ~ di rumah. Orang itu ~ di sini. 2 tidak: Dia ~ mengerti. meniadakan 1 menganggap atau menyifatkan tidak ada. 2 menjadikan tiada; menghilangkan; menghapuskan. ketiadaan 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. peniadaan perbuatan atau hal meniadakan; penghapusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Hendak makan pinang tiada,
     Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
     Baru kutahu hatiku hampa.


Lihat selanjutnya...(121)
Peribahasa

Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(292)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
barringprep 1. unless st happens, kecuali berlaku, /sekiranya, kalau/ tiada, /kalau tiada, sekiranya tiada/ aral (melintang): ~ rain..., kalau tiada hujan...; ~ accidents I’ll be there before noon, kecuali berlaku kemalangan, saya akan sampai di sana sebelum tengah hari; 2. excepting, kecuali: everybody knew ~ Zaleha, semua orang tahu kecuali Zaleha.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
limitlessadj tiada /batasnya, hadnya/: a seemingly ~ expanse of ocean, lautan yg seolah-olah tiada batasnya; ~ greed, ketamakan yg tiada batasnya; the world’s natural resources are not ~, sumber-sumber semula jadi dunia bukanlah tiada hadnya; ~ wealth, kekayaan yg tiada batasnyaKamus Inggeris-Melayu Dewan
limitlessadj tiada /batasnya, hadnya/: a seemingly ~ expanse of ocean, lautan yg seolah-olah tiada batasnya; ~ greed, ketamakan yg tiada batasnya; the world’s natural resources are not ~, sumber-sumber semula jadi dunia bukanlah tiada hadnya; ~ wealth, kekayaan yg tiada batasnyaKamus Inggeris-Melayu Dewan
want~ for nothing, tiada apa yg kurang: with all his wealth he ~ed for nothing, dgn segala kekayaannya, tiada apa lagi yg kurang padanya; for ~ of, kerana, oleh sebab, disebabkan: for ~ of anything better, she bought him a book, kerana tiada apa yg lebih baik, dia membelikannya buku; in ~ of, sangat memerlukan: poor children in ~ of food and clothing, kanak-kanak miskin yg sangat memerlukan makanan dan pakaian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
matchlessadj tiada /tolok bandingnya, bandingannya/: ~ strength, kekuatan yg tiada tolok bandingnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
homelessadj tiada tempat berteduh: ~ orphans, anak-anak yatim yg tiada tempat berteduh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reproach/above, beyond/ ~, tiada cacat celanya: his behaviour was above ~, kelakuannya tiada cacat celanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unlikelihood, unlikelinessn ketidakmungkinan, tiada kemungkinannya: the ~ of her ever marrying, tiada kemungkinannya dia akan berkahwin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
par excellence adj tiada tolok bandingnya: he was a writer ~, dia penulis yg tiada tolok bandingnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
irreproachableadj (fml) tiada cacat cela(nya): his manners are ~, tingkah lakunya tiada cacat cela.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas