Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Intan dingin isinya dingin,
     Dingin tidak berbau lagi;
Puan ingin tiada ingin,
     Ingin tiada baharu lagi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Layang-layang putus talinya.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Laksana layang-layang putus teraju).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud "tiada lagi kidung mu"

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna kidung ialah sj nyanyian, syair yg dinyanyikan, kekawin; ~ gereja lagu yg dinyanyikan oleh orang Kristian dlm gereja; tukang ~ penyanyi kidung; 

Makna15.09.2009
Rahmat RamliView Profile 3:13PM Rahmat Ramli Rahmat apakah sudah tiada lagi biasiswa sarjana tun syed nasir?..Segala program yang berkaitan dengan kursus, latihan industri dan biasiswa (jika ada) diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui Dr. Dahlina Daut, e-mel dahlina@dbp.gov.my, dan telefon 03-21479224.Lain-lain01.06.2016
apakah kata dasar bagi perkataan muridMurid ialah kata dasar, tiada lagi kata dasar lain. Bentuk jamaknya murid-murid.Lain-lain10.07.2003
Bolehkah saya mendapatkan takwim aktiviti DBP cawangan sabah?. Saya salah seorang ahli DBP caw Beaufort. Kenapa tiada lagi aktiviti seperti tahun-tahun sebelumnya. Seperti pertandingan membaca sajak dsb?.Saudari boleh menghubungi DBP Cawangan Sabah melalui telefon, 088-439260/439314/439315 untuk tujuan tersebut. Terima kasih.Lain-lain27.01.2009
Salam, saya ingin bertanya sekiranya pihak DBP ada rancangan untuk mencetak naskah kamus bahasa arab-melayu keluaran DBP lagi? Sudah tiada lagi dalam pasaran. Terima kasih.Perancangan menerbitkan beberapa judul dibuat mengikut keutamaan dan seperti yang kita sedia maklum keperluan yang paling mendesak ialah buku teks dan rujukan pelajar sekolah rendah/menengah dan institut pengajian tinggi. Penerbitan beberapa buah kamus termasuklah Kamus Arab - Melayu akan menyusul selepas itu.Lain-lain19.09.2013
Boleh saya tahu maksud 'Live Chat' yang diguna pakai ketika bertanya soalan di website dalam bahasa Malaysia? Terima kasih.Salam sejahtera,

Setakat ini tiada lagi padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Live Chat". Tetapi, kami mencadangkan padanan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah Sembang Langsung.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.12.2018
Dalam dialek Negeri Sembilan, perkataan bondar merujuk kepada kawasan tepi tali air di kawasan sawah. Oleh itu, saya mencadangkan agar perkataan bondar ini didaftarkan dalam kamus dewan sekiranya tiada lagi wujud perkataan tersebut dalam daftar kamus dewan.1. Kata dialek Negeri Sembilan bondar masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Sidang editor akan mempertimbangkan cadangan pemasukan kata ini.

2. Dalam bahasa baku, kata bandar yang membawa makna yang hampir sama dengan kata bondar tersebut telah dirakamkan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 196). Makna bandar tersebut diperturunkan seperti yang berikut:

bandar2 n bandar air;

bandar air saluran air yg agak kecil di kawasan sawah utk mengalirkan air ke dalam atau ke luar petak sawah; tali air;

bandar sampah parit tempat membuang sampah;

upah lalu bandar tak masuk prb tidak sedikit pun mendatangkan hasil;

membandarkan kt [psf: dibandarkan, bandarkan] mengalirkan (air) ke sst tempat;

membandarkan air ke bukit prb melakukan pekerjaan yg sia-sia;

bandaran n bandar air: Bandaran sawah itu sudah ditutup.

Lain-lain25.08.2022
Selamat pagi. Apakah contoh ayat yang boleh membezakan makna antara perkataan 'perceraian' dengan 'penceraian'?.Terima kasih.Perceraian bermaksud perpisahan atau perihal bercerai, contohnya perceraian pasangan tersebut berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Penceraian bermaksud perbuatan menceraikan, contohnya penceraian berlaku apabila suami menjatuhkan talak kepada isterinya dan bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis. Dalam konteks cerai (talak) agak sukar juga untuk membezakan penggunaan perkataan perceraian dan penceraian. Berdasarkan rujukan kami apabila membicarakan konteks makna cerai (talak) perkataan perceraian lebih banyak digunakan. Manakala perkataan penceraian banyak digunakan bagi menggantikan makna pemisahan daripada satu unsur dengan unsur yang lain seperti dalam ayat contoh ketiga.Tatabahasa15.05.2013
Selamat Pagi. Soalan saya, sedikit masa lalu kita diperkenalkan dengan penggunaan bahasa baku. pada hari ini saya dapati tiada lagi penggunaan bahasa baku. Namun penggunaan bahasa baku masih diamalkan di Singapura. Apa status bahasa baku di Malaysia. Masihkah lagi diamalkan? Jika tidak, mengapa? Mohon penjelasan pihak tuan.Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata.  Komponen yang terdapat dalam bahasa baku termasuklah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.  Walau bagaimanapun sebutan baku dihentikan pada tahun 2000 (bermula pada 1998) tanpa ada alasan yang kukuh. Proses pengukuhan sedang diusahakan dan DBP tetap berpegang pada sebutan baku kerana salah satu fungsi DBP ialah membakukan sebutan, ejaan dan istilah. Jika semua bahasa ada sebutan baku, maka bahasa Melayu juga harus ada sebutan baku.Lain-lain03.10.2012
apakah maksud "gala"Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Gala membawa maksud : i) sejenis damar; gala-gala, gegala pakal yangg dibuat drpd damar dll; ~ lembut minyak tar; bergala direkat dgn gala; tiada ~ lagi a) bercerai-cerai (tulang dll), tidak terikat erat; b) Sastera lama sangat berlebih-lebihan. ii) ; segala-gala seluruhnya, semuanya.Makna11.02.2014
12345678910...

Kembali ke atas