Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolonglah, jadikan Gerbang Kata lebih elok. Tiada langsung butang untuk ke Dunia Kata - Bual Kata. Saya terpaksa tulis alamat web ini sendiri http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx bagaimana mahu rakyat Malaysia menggembleng tenaga memperkaya bahasa Melayu jika lamannya tak mesra pengguna?Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
Saya ingin bertanya sekali lagi, bagaimana dengan permohonan saya untuk menjadi munsyi sastera bagi mewakili insitusi saya memandangkan di institusi saya tiada langsung munsyi sastera mahupun munsyi dewan sedangkan institusi saya IAB kini telah melebarkan sayapnya di Sabah dan Sarawak.Soalan puan akan kami ajukan kepada Bahagian Pengembangan Bakat dan Kepakaran.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. Terima kasih.Sastera15.09.2014
Adakah terdapat sebarang kesalahan pengguanaan kata 'langsung' di bawah? 1. Penerbangan Malaysia mengadakan penerbangan langsung ke London. 2. Siaran langsung pertandingan itu akan disiarkan melalui semua saluran televisyen. 3. Kejatuhan harga bijih timah meninggalkan kesan secara langsung terhadap ekonomi negara kita. 4. Dia langsung tidak khuatir akan risiko yang bakal dihadapinya.Tiada kesalahan langsung.  Semua penggunaan perkataan "langsung|" dalam keempat-empat ayat adalah betul.Istilah27.08.2014
Salam. Saya ada 2 soalan : 1. Adakah penambahbaikan merupakan perkataan yang betul?atau perlu dijarakkan? 2. Setiap perkataan bahasa Inggeris yang diletakkan di dalam sesuatu ayat perlu di'italic'kan. Tapi, bagi perkataan Unit Health Online, Bahagian Pendidikan Kesihatan, perlukah Health Online itu di'italic'kan? Terima Kasih.

Saudara Yummien,

Perkataan penambahbaikan betul dan dieja sebagai satu perkataan. Perkataan dalam bahasa Inggeris biasanya adalah lebih baik diterjemahkan atau diberi padanan dalam bahasa Melayu memandangkan bahawa bahasa Melayu masih boleh mengungkapkan atau menghuraikan sesuatu. Walau bagaimanapun sekiranya memang tiada langsung kata yang sesuai terutamanya perkataan teknikal atau istilah, maka bentuk italik digunakan. Dalam konteks 'Unit Health Online' frasa ini boleh diterjemahkan sebagai  'Unit Kesihatan dalam Talian'.  Saudara boleh menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari Laman Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa30.07.2009
saya ingin mengetahui penerbitan atau jurnal berkaitan bahasa melayu kubu. setahu saya tidak banyak atau langsung tiada penyelidikan ke atas bahasa melayu kubu ini.saya juga igin mengetahui perkembangan bahasa ini di malaysia. diharap pihak tuan dapat membantu saya.terima kasih

Untuk makluman sdr. sehingga kini DBP  tiada menerbitkan rencana yang berkaitan bahasa Melayu kubu. Sekiranya sdr. ingin membuat penyelidikan tentang perkembangan bahasa di Malaysia mohon sdr menjadi ahli Rakan Dewan yang diuruskan oleh Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.

Lain-lain05.02.2008
Aslmkm....blh tk di tonton secara online forum ni, bg yang tk berpeluang menghadirinya secara live.Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Tiada rakaman atau siaran langsung dibuat. Boleh terus datang ke DBP. Terima kasihLain-lain12.03.2014
Sila tujukan pesanan ini kepada pengendali/pengelola Gerbang Kata, jadikannya lebih mesra pengguna. Tiada maklum balas e-mel langsung. Didik rakyat Malaysia cara menyarankan kata melalui platform tersebut. Sekarang ini sukar kerana untuk melihat saran baharu pun kena taip sendiri pautan http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx kerana tiada langsusng butang untuk ke sana.Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
nettle @ stinging nettle, sejenis tumbuhan, tiada dalam carian kata. harap dapat dihuraikan maksudnya sekali. kerana semua kategori dalam carian kata mempunyai jawapan yang tidak memuaskan langsung. terima kasih.Padanan nettle/stinging nettle ialah netel tetapi tidak ada huraian bagi istilah tersebut.Istilah27.10.2008
apakah istilah terbaik untuk " runaway consumption" tiada dalam prpmPuan tidak memberikan konteks penggunaan frasa “runaway consumption” atau contoh ayat maka agak sukar mencadangkan padanan. Secara langsung DBP mencadangkan padanan “Penggunaan tidak terkawal” namun puan boleh memberikan konteks penggunaan agar kami boleh memberikan padanan lyang ain.Istilah23.09.2014
Apakah terjemahan yang tepat bagi "Human Risk" dalam pengurusan risiko.

Kata "Human Risk" tiada dalam pangkalan data DBP. Terjemahan secara langsung Human Risk ialah Risiko Manusia. Untuk keterangan lebih lanjut, mohon kemukakan maklumat seperti konteks dan konsep penggunaan perkataan ini atau contoh ayat penggunaan kata tersebut.

Penyemakan dan penterjemahan07.09.2018
1234

Kembali ke atas