Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


2°v´ | تياڠ

Definisi : 1. kayu yg dipasang tegak utk menyo­kong sesuatu bahagian bangunan (spt lantai dll): kesemua ~ rumah itu drpd kayu jati; 2. tonggak (drpd kayu, besi, dll) yg ditanam atau didirikan tegak utk kegunaan tertentu; ~ bendera tiang utk mengibarkan bendera; ~ telegraf (telefon) tiang utk digantungkan wayar telegraf (telefon); mengibarkan bendera setengah ~ menaikkan bendera ke takat separuh tiang (sbg alamat berdukacita atau berkabung); 3. kayu dll yg didirikan tegak dlm kapal utk memasang layar; 4. ki orang atau sesuatu yg menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan dll) sesuatu: pemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara; ~ agama solat (dlm Islam); ~ agung tiang kapal yg terpenting; ~ balai badan penasihat yg terdiri drpd empat orang utk menasihati Undang di Negeri Sembilan; ~ beralas tiang rumah yg berasas (berlapik) batu; ~ gantung tiang yg tidak jejak ke tanah (utk menyam­bung bahagian tambahan rumah kpd rumah ibu); ~ gol satu drpd dua tiang yg dihubungkan dgn kayu palang utk matlamat tendangan bola; ~ guntung tiang perahu yg papak pd puncaknya; ~ kampung orang yg tertua dlm kampung; ~ negara orang dll yg menjadi sumber kekuatan negara; ~ seri (tengah, sendi rumah) tiang rumah yg mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengah-tengah rumah); ~ topang tiang depan (perahu); ~ pandak hendak menyamai ~ panjang prb hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar); bertiang mempunyai tiang, ada tiangnya; bertiangkan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg tiang, bertonggakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

2°v´ | تياڠ

Definisi : 1 kayu dll yg dipasang tegak utk menyangga bangunan (spt rumah, jambatan): ~ rumah itu belum didirikan lagi. 2 kayu dll yg didirikan tegak utk sesuatu tujuan: ~ bendera; ~ gol; ~ layar; ~ seri tiang rumah yg mula-mula di­dirikan yg letaknya di tengah-tengah rumah. 3 ki sesuatu yg menjadi tonggak atau pokok kekuatan dll: Pemuda ha­rapan bangsa, pemudi ~ negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tonggak: turus, pancang, pacak, turas, cerucuk,

2. Bersinonim dengan sendi: teras, tunjang, asas, dasar, rukun, prinsip, pokok,

Kata Terbitan : bertiang,

Puisi
 

Rumah kecil tiang seribu,
     Rumah besar tiang sembilan;
Dari kecil dikandung ibu,
     Sudah besar mencari makan.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Layar menimpa tiang.

Bermaksud :

Kawan menjadi lawan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mencari istilah Bahasa Melayu untuk 'pilaster' iaitu dekorasi berbentuk tiang. Adakah 'sendi tiang' atau 'tetulang tiang' atau 'pilaster'? Terima kasih DBP.Kami mencadangkan pilaster diterjemahkan sebagai "pilaster" atau "tetulang dinding". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah27.01.2022
puncak tiang / atas tiang. Yang manakah adalah betul. Tolong tunjukkan. Terima kasihKedua-dua betul.Tatabahasa08.09.2009
Ayat yang berikut manakah betul?1.Pengawas itu menaikkan bendera hingga penjuru tiang. 2.Pengawas itu menaikkan bendera hingga puncak tiang. 3.Pengawas itu menaikkan bendera hingga hulu tiang. 4.Pengawas itu menaikkan bendera hingga atas tiang . Terima kasih.Ayat yang betul ialah 2.Pengawas itu menaikkan bendera hingga puncak tiang.Tatabahasa08.06.2014
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan.

Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi.  Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujung­nya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan.

Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. 

Makna25.04.2011
Dalam istilah Malaysia, totem pole dipadankan dengan 'tiang elu'. Apakah maksud elu?Dalam sistem DBP, tiada perkataan elu dijumpai selain tiang elu, perkataan lain yang wujud dalam sistem kami ialah alu yang bermaksud menyambut kedatangan tamu dll. Untuk maklumat lanjut bagi mengetahui asal usul perkataan elu tersebut, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan DBP melalui talian 03-21479161.Makna26.10.2018
apakah maksud tajuk drama Tiang Cengal dan Dinding Sayung' dalam genre komsas Tingkatan 5?

 

Saudara,

Drama "Tiang Cengal Dinding Sayung"  bertemakan tetang kasih sayang dan kesetiaan isteri kepada suami dan keluarga serta kepincangan sikap  anak-anak / generasi muda melaksanakan tanggunjawab terhadap ibu bapa.

untuk maklumat lanjut sila layari www.cemerlangbm.com

 

sekian, terima kasih.  

Sastera23.02.2011
Mahu ubah ayat 3 pillars ke BM. Mahu perkataan bersesuaian selain daripada tiang, asas, dan rukunSelain daripada perkataan tiang, asas dan rukun, dalam data PRPM, terdapat istilah pillar box. Padanan bahasa Melayu untuk pillar box ialah peti surat.

Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, pillar ialah  st resembling a pillar, (of rock) berceracak; (of smoke) tegak menjulang; (of fire) menjulang: ~s of granite rock, batuan granit yang berceracak; a ~ of black smoke rose from the factory, asap hitam yang tegak menjulang naik dari serombong asap kilang tersebut; 3. strong supporter, active member, tunggak, penunjang: he is one of the ~s of the Labour Party, dia adalah salah seorang tunggak Parti Buruh; people were shocked to find out that such a ~ of society was involved, orang ramai terkejut apabila mendapati tunggak masyarakat seperti itu telah terlibat. 

Saudara boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pillar untuk lebih lanjut.
Tatabahasa02.07.2013
salam. Saya ingin bertanya, adakah peribahasa , 'tiang kampung' sesuai digunakan untuk menunjukkan sseorang yang berumur panjang.. terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, "tiang kampung" bermaksud orang yang tertua dalam kampung. Untuk makluman, tidak terdapat maksud "seseorang yang berumur panjang" dalam pangkalan data kami.Makna24.01.2013
Bolehkan tuan cuba jelaskan maksud peribahasa atau ungkapan 'rumah satu tiang seribu'? Saya sudah menyemak peribahasa ini dalam kamu peribahasa termasuk kamus Peribahasa Abdullah Hassan tetapi tidak dapat menyemaknya. Sekian, terima kasih.Dalam sumber rujukan kami tidak ada peribahasa 'rumah satu tiang seribu', dalam pengetahuan kami ungkapan ini merupakan tajuk sebuah drama dan bukan peribahasa.Makna28.05.2010
apakah maksud sakasaka I : pusaka.
saka II : 1. leluhur drpd sebelah emak 2. pangkat yg turun-temurun.
saka III : tidak subur lagi (tanah), usang
saka IV : Jw 1. tiang seri (pd rumah), tiang ibu rumah; 2. ki penegak atau pengukuh (negara dll).
saka V : (Tani) jenis tumbuhan (kunyit dll) yg hidup semusim atau setahun sahaja.
Makna10.01.2013
12345678

Kembali ke atas