Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tiang rumah yg mula-mula di­dirikan yg letaknya di tengah-tengah rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tonggak: turus, pancang, pacak, turas, cerucuk,

2. Bersinonim dengan sendi: teras, tunjang, asas, dasar, rukun, prinsip, pokok,

Kata Terbitan : bertiang,

Puisi
 

Sayang keduduk balik rumah,
     Akar menyorok tiang seri;
Tuan duduk tuan punya rumah,
     Kami nak pulang minta diri.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIANG SERITiang utama pada rumah tradisional Melayu.KEJURUTERAANAlat/Alatan
BUKAN LALANG DITIUP ANGIN

BUKAN LALANG DITIUP ANGIN, drama karya Noordin Hassan.  Drama ini sudah dipentaskan sejak tahun 1970, tetapi hanya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1979.  Buku tersebut memuatkan juga dua buah dramanya berjudul “Tiang Seri Tegak Berlima” dan ”Pintu”.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
SERI PAGI

Seri pagi ialah nama famili yang terdiri daripada

terutamanya tumbuhan memanjat. Anggota

famili ini tumbuh di seluruh kawasan tropika dan

sederhana di dunia. Seri pagi taman adalah

antara tumbuhan yang terkenal dalam famili ini. Yang

lain ialah bindweed, bunga bulan, scammony dan

keledek. Seri pagi tumbuh cepat dan meliliti objek

yang berhampiran. Ia tumbuh menjalar dari tiga

hingga enam meter tingginya. Ia banyak digunakan

untuk menutupi tiang, pagar dan anjung. Seri pagi

taman mempunyai daun hijau tua, berbentuk seperti

hati. Bunganya berbentuk seperti corong dan

mempunyai pelbagai warna dan campuran warna

ungu, biru, merah, samar dan putih. Bunganya yang

harum kembang pada waktu pagi dan kuncup dalam

cahaya matahari pada waktu petang. Bijinya boleh

direndam dalam air semalaman untuk melembutkan

selaput bijinya dan memudahkannya bercambah.

Jenis seri pagi Jepun mempunyai bunga 18

sentimeter diameternya. Bunganya berwarna

bercampur-campur warna samar dan ungu.

UMUM 

Kembali ke atas