Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba.ti.ba] | تيبا٢

Definisi : dgn tidak disangka-sangka, dgn mendadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba.ti.ba] | تيبا٢

Definisi : dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba2
Kata Terbitan : tiba-tiba,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau berbiduk usah berdayung, Kalau berdayung bilakan tiba; Kalau duduk jangan bermenung, Kalau bermenung tiba hiba.
Kurik Kundi Merah SagaOrang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.
Kurik Kundi Merah SagaKail hitam panjang sembilan, Tiba di pasar tidak membeli; Kirim salam pada tuk besan, Saya menghantar tidak seperti.
Kurik Kundi Merah SagaNaik rakit terkutang-kutang, Tiba ke teluk menimba air; Sangat sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air.
Kurik Kundi Merah SagaJurumudi turun ke perahu, Tiba kuala pecahnya sampan; Terlalu sedap rasanya bau, Tujuh hari adinda tak makan.
Kurik Kundi Merah SagaRama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan jatuh ke laman, Tiba di laman berisi bunga; Celaka tangan jembalang tangan, Dalam tangan orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaAngkut-angkut terbang ke langit, Tiba di langit bersidai kain; Bertangkup bumi dengan langit, Baru abang mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina ke Tanjung Jati, Singgah petik buah berembang; Dari jauh tiba ke mari, Kerana budi baik orang.
Kurik Kundi Merah SagaAda satu panglima raja, Duduk kerusi kepala meja; Tengah belayar taufan pun tiba, Sampan kecil mahu buat apa?
12

Kembali ke atas