Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sayalah tidak bertanam bunga,
     Tanamlah bunga di tepi perigi;
Sayalah tidak ada yang punya,
     Bolehkah adik ikut pergi.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Jangan bersandar di punggur.

Bermaksud :

Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya.

 

Lihat selanjutnya...(121)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Apakah maksud bertatasusila dan bertatabahasa?(atau tidak ada dalam kamus?)Mengapakah dua perkataan ini tidak ada dalam Kamus Dewan atau Kamus Pelajar?Boleh memberikan saya contoh ayat bagi perkataan “bertatasusila dan bertatabahasa”?(Jika ada dalam kamus) 2)Apakah maksud”lebar-lebar”?(atau tidak ada dalam kamus?) Adakah “lebar-lebar” bermaksud lebar?Boleh jelaskan?Boleh memberikan contoh ayat? Terima kasih.

1) Makna bertatasusila dan bertatabahasa berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020):

 

tatasusila n adat sopan santun dan budi pekerti yg baik: Tamadun manusia yg tinggi nilai peradabannya ialah mereka yg menjaga adab dan tatasusila terpuji.

 

bertatasusila 

ktt mempunyai tatasusila: Pelajar harus diajar utk menggunakan bahasa yg sesuai dan bertatasusila apb berhadapan dgn ahli keluarga, guru dan rakan.

tatabahasa Lin n cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn sintaksis, morfologi, dan termasuk juga fonologi serta semantik;

nahu;

bertatabahasa ktt menggunakan atau mengikut tatabahasa: Sesetengah lirik lagu didapati mengabaikan kesantunan bertatabahasa. Bahasa baku persuratan ialah bahasa yg bertatabahasa dan gramatis yg dizahirkan dlm bentuk tulisan.


2) Makna lebar-lebar berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020):

 

lebar-lebar adv (membuka mata, mulut, pintu dll) dgn luas atau besar sekali: Dia membuka matanya lebar-lebar sambil menikmati keindahan alam.Semua tingkap dibuka lebar-lebar dan terasa angin nyaman menerjah masuk.

Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada tuan/puan. 

Terima kasih.

Makna28.04.2023
Apakah perbezaan antara penggunaan kata tiada dengan tidak ada?

Saya jumpa perkataan tiada lebih banyak digunakan dalam bahasa bersurat, dan tidak ada lebih banyak digunakan untuk transkripsi bahasa lisan. Namun tidak kurang juga ada individu yang menggunakan kedua-dua tiada dan tidak ada dalam satu ayat.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tiada bermaksud tidak ada. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. Makna29.06.2022
Apakah maksud perkataan seperti bawah: 1)kalau tidak rotan akar pun berguna 2)kalau tidak rotan akar pun jadi 3)bila tidak ada barang yang baik, yang buruk pun berguna pula Saya berfikir bahawa perkataan ini sepatutnya ialah peribahasa, tetapi Kamus Istimewa Peribahasa Melayu tidak ada perkataan ini. Apakah maksud tiga perkataan yang seperti di atas? Bolehkah memberikan contoh ayat? Atau perkataan ini tidak ada dalam semua kamus?Peribahasa ini terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1900) seperti yang berikut:

rotan...
tiada rotan akar pun /berguna, jadi/ peribahasa kalau tidak ada yang baik, yang kurang baik pun berguna juga;

dan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010, 2013):

rotan... 
tiada rotan akar pun berguna (jadi) peribahasa kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga;

Contoh penggunaan:
Walaupun tidak berkereta, dia tetap ke pejabat dengan motosikalnya itu, bak kata pepatah tiada rotan, akar pun berguna.
Lain-lain02.09.2023
Salam sejahtera! Saya dapati bahawa perkataan seperti "assalamualaikum", ada tertera di dalam kamus tetapi "waalaikumsalam" tidak ada. Apakah sebab ianya tidak ada di dalam kamus? Sekian, teriam kasih!Salam sejahtera. Perkataan "waalaikumussalam" telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana terbitan tahun 2020. Sila dapatkan kamus tersebut untuk rujukan terkini tuan. Terima kasih. Ejaan30.12.2020
Walaupun mereka tidak ada kontak rapat, tiga daripada mereka adalah positif virus berkenaan. Walaupun mereka tidak ada kontak rapat, tiga daripadanya adalah positif virus berkenaan. Daripada mereka atau daripadanya lebih betul tatabahasanya? Yang manakah lebih mantap?

Ayat yang betul ialah "Walaupun tidak mempunyai kontak rapat, tiga orang daripada mereka positif virus berkenaan."

Tatabahasa09.11.2020
Adakah perkataan DIGEST telah di melayukan? DIGEST yang dimaksudkan ialah koleksi artikel. Terima kasihDalam bidang perpustakaan, digest diterjemahkan kepada ringkasan. Tidak ada ada perkataan digest dalam bahasa Melayu.Istilah25.01.2017
Salam sejahtera. Penggunaan(oleh itu, seterusnya) di bawah ini, mana satukah ayat diterima? Mengapa? 1. Kim anak orang kaya. Oleh itu, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan. 2. Kim anak orang kaya. Seterusnya, dia tidak ada masalah untuk membayar yuran persekolahan.Ayat yang betul ialah ayat pertama kerana oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab (sebab berlakunya sesuatu). 

Tatabahasa02.07.2017
Mengapakah melikwidasikan dieja sebegitu dan bukannya melikuidasikan walhal Kamus Besar Bahasa Indonesia mengejakannya dengan ui bukan wi?Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat yang dapat kami berikan berhubung dengan pertanyaan tuan.  Kamus Dewan menyenaraikan maklumat tentang makna kata dan contoh penggunaan ayat, namun tidak ada maklumat tentang pembentukan kata.Lain-lain23.06.2018
Asal - usul (etimologi) istilah gelemaca dan gelemair. Adakah ia singkatan dua perkataan, hasil pembinaan istilah DBP atau memang wujud dalam kosa kata Melayu sejak sekian lama?Tidak ada maklumat tentang etimologi kata lebih-lebih lagi istilah dalam pangkalan data kami. Melalui rujukan kami juga tidak ada perkataan gele atau gelem untuk membuktikan kata ini dibina daripada dua kata berasingan. Jika tuan berminat untuk membuat kajian, sila berhubung terus dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.Istilah15.03.2018
Apakah perbezaan dua perkataan ini (atau tidak ada perbezaan): 1) hati nurani 2) sanubari . Bagaimana menggunakan dua perkataan ini? Bolehkah tuan/puan menunjukkan 4 contoh ayat bagi “ hati nurani” dan 4 contoh ayat bagi “ sanubari? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Perdana, kata “sanubari” bermaksud:

1. pusat segala perasaan; hati

    Contoh ayat: “Jauh dalam sanubari Bahar, tertancap kekaguman yang amat besar kepada basir yang sangat elok peribadinya”.


2. perasaan dalam hati atau batin

    Contoh ayat: “Tidak ada cara yang tertentu untuk menyelami isi sajak yang lahir daripada sanubari penyairnya”.

 

Kata “Nurani” pula membawa maksud perasaan dalam diri seseorang atau berkaitan dengan cahaya. Contoh ayat: “Persembahan M Nasir cukup memukau nurani penonton”.

Untuk keterangan selanjutnya, sila rujuk Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makna11.09.2023
12345678910...

Kembali ke atas