Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sayalah tidak bertanam bunga,
     Tanamlah bunga di tepi perigi;
Sayalah tidak ada yang punya,
     Bolehkah adik ikut pergi.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Jangan bersandar di punggur.

Bermaksud :

Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya.

 

Lihat selanjutnya...(121)


Pantun

PantunSumberTema
Apa guna membeli parang, Kalau tidak ada bajanya; Apa guna menjadi orang, Kalau tidak ada maruahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa guna membeli kain, Bila tidak ada bajunya; Apa guna berjanji kahwin, Bila tidak ada jodohnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Untuk apa berkain cita, Kalau tidak ada bajunya; Untuk apa bermain cinta, Kalau tidak ada jodohnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kata adat kata terpuji, Tidak ada kata terbuang; Kita seadat serta sehati, Rosak nama bilang bersilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat kata berisi, Tidak ada kata terbuang; Kita seadat sama senegeri, Tegak setara muka belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa guna membeli parang, Kalau tidak ada berhulu; Apa guna menjadi orang, Kalau rosak adat perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sungguh banyak orang menangguk, Tangguk tidak ada yang kena; Sungguh banyak orang yang mabuk, Mabuk itu tiada berguna.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa guna membeli parang, Kalau tidak ada berhulu; Apa guna menjadi orang, Kalau tidak beraib malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa guna mencacak rumah, Bila tidak ada bertiang; Apa guna awak singgah, Bila tidak disapa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa guna membeli kain, Bila tidak ada selendang; Apa guna berjanji kahwin, Bila tidak suka meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678910

Kembali ke atas