Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sayalah tidak bertanam bunga,
     Tanamlah bunga di tepi perigi;
Sayalah tidak ada yang punya,
     Bolehkah adik ikut pergi.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Jangan bersandar di punggur.

Bermaksud :

Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya.

 

Lihat selanjutnya...(121)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa guna meragi kain, Kalaulah tidak ada bunganya; Apa guna cari yang lain, Kalaulah tidak lebih darinya.
Kurik Kundi Merah SagaSayalah tidak bertanam bunga, Tanamlah bunga di tepi perigi; Sayalah tidak ada yang punya, Bolehkah adik ikut pergi.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil pisau pengait sirih, Sirih ada di tengah laman; Jangan sesal tidak boleh, Kerana tidak ada pertemuan.
Kurik Kundi Merah SagaAda rumah tidak berpintu, Ada pintu tidak bertingkap; Rimau garang memang begitu, Mengaum saja tidak menangkap.
Kurik Kundi Merah SagaNona ada papaya tidak, Bunga ros duri berkait; Benar ada percaya tidak, Telunjuk lurus kelingking berkait.
Kurik Kundi Merah SagaPagar ada bertemu tidak, Buah segamat di dalam peti; Berpandang ada bertemu tidak, Rasa kiamat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaBerenang ada berjemur tidak, Orang berjimat mandi di kali; Berpandang ada bertegur tidak, Rasa kiamat di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaDulang ini dulang tembaga, Dibeli ada dipakai tidak; Malam ini malam celaka, Berjanji ada datang tidak.
Kurik Kundi Merah SagaSirih saya sirih Cina, Sirih datang dari Kuantan; Cincin saya cincin bertanya, Ada tidak menaruh intan.
Kurik Kundi Merah SagaKeris saya keris sempena, Pakaian anak raja Kelantan; Sirih saya datang bertanya, Ada tidak menaruh intan.
12345

Kembali ke atas