Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Orang penggamang mati jatuh,
     orang pendingin mati hanyut.

Bermaksud :

Siapa yang tidak mempunyai keberanian, akan gagallah usahanya. gamang = berasa takut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi pernyataan berikut, manakah yang lebih tepat digunakan? semasa atau pada? 1. Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan pada waktu malam. 2. Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan semasa waktu malam. terima kasih.
Pengunaan yang betul ialah Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan pada waktu malam.
Tatabahasa14.06.2021
Mana mungkin ada orang yang tidak berasa sedih melihat kaumnya masih tetap pada/kepada pendirian lama.Mana mungkin ada orang yang tidak berasa sedih melihat kaumnya masih tetap pada pendirian lama.Tatabahasa10.04.2012
Assalamualaikum wbt Encik. Saya ingin mendapat kepastian berhubung ayat di bawah sama ada betul atau sebaliknya. 1) Seorang pekerja yang baik sentiasa melaksanakan/menunaikan tanggungjawabnya dengan sebaik yang mungkin. 2) Polis itu tidak berasa gentar/gerun ketika berhadapan dengan sekumpulan perompak tersebut. 3) Pak Tua menggagahkan/menguatkan diri untuk menebang pokok rambutan di hadapan rumahnya dengan sebilah kapak. 4) Zainun agak gugup/gagap ketika menyampaikan pidato di hadapan para penonton. Terima kasih.

Perkataan yang betuk bagi ayat tersebut ialah;

1. melaksanakan tanggungjawab

2. tidak berasa gerun

3. menguatkan diri

4. agak gugup.

 Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
Tuan, "Ayah berasa tidak sihat maka mendapatkan rawatan di hospital." 1.Adakah penggunaan perkataan "maka" dalam tersebut betul? 2. Apakah perbezaaan penggunaan perkataan "maka" dan "lalu"? Terima kasihDalam ayat yang diberikan, penggunaan perkataan "maka" dan "lalu" boleh bersilih ganti. Contoh penggunaan "maka" ialah Ayah berasa tidak sihat, maka ia mendapatkan rawatan di hospital. Contoh penggunaan "lalu" ialah Ayah berasa tidak sihat, lalu ia mendapatkan rawatan di hospital.Tatabahasa24.01.2021
Tuan, frasa manakah yang baku antara "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" dengan "berasa puas akan / kepada kemajuan persuratan Melayu"? Saya berpendirian bahawa sendi yang betul "kepada" atau "akan" kerana "kemajuan persuratan Melayu" sasaran rasa "puas" itu walhal sendi nama yang menyatakan sasaran "akan" atau "kepada", maka frasa yang tepat "berasa puas akan / kepada kemajuan persuratan Melayu". Frasa sifat "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" salah kerana sendi nama "dengan" bermaksud "bersama", maka "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" bermaksud seseorang (pelaku FN benda ayat) berasa puas bersama orang "kemajuan persuratan Melayu" ini - ini tidak waras kerana "kemajuan persuratan Melayu" bukan orang, tidak berasa, maka tidak mungkinlah bersama dengan seseorang untuk berasa puas! Maka salahlah penggunaan sendi nama "dengan" dalam frasa ini. Frasa "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" ini bentuk bahasa kelumrahan masyarakat yang patut dibetulkan. Apakah pendapat tuan?Pneggunaan kata sendi yang paling tepat ialah akan. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contohnya: 
1. Wanita itu amat rindu akan anaknya.
2. Semua rakyat mesti sayang akan negara tempat tumpah darahnya. 

Pada pandangan kami, frasa berasa puas kurang sesuai. Frasa yang yang sesuai ialah berpuas hati.
Tatabahasa22.12.2016
Tuan, Adakah ayat-ayat berikut betul?Jika tidak,bagaimana betulkannya? 1.Ayah berasa tidak sihat maka mendapatkan rawatan di hospital. 2.Segala jemputan sudah mengambil tempat masing-masing. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:
1. Ayah berasa tidak sihat lalu dia mendapatkan rawatan di hospital.

2. Para jemputan sudah mengambil tempat masing-masing.

Tatabahasa17.09.2020
bagaimana pula dengan "terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul?terharu-berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti.Tatabahasa25.07.2012
penggunaan perkataan menyesal dan menyesali...maksud dan contoh ayat untuk membezakannyaMenyesal bermaksud berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf. Contoh: Jika tidak lulus, jangan menyesal nanti.

Manakala menyesali pula bermaksud menyesal akan; berasa tidak senang kepada; berasa sesal terhadap. Contoh: Pemandu lori itu menyesali perbuatannya yang cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya. 

Lain-lain11.09.2020
maluAntara maksud malu merujuk Kamus Dewan ialah 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya.Makna29.01.2010
Harap Tuan/Puan dapat memberi penjelasan untuk soalan soalan berikut. 1. Apakah imbuhan awalan bagi perkataan RASA? 2. Betulkah perkataan BERASA tidak mempunyai kata dasar? 3. Salahkah jika perkataan RASA jika diberi imbuhan awalan, boleh ditulis sebagai BERASA? 4. Salahkah jika perkataan JUMPA bila diberu imbuhan awalan, boleh ditulis sebagai MENJUMPA? 5. Bolehkah sesuatu kata dasar diberi lebih daripada satu imbuhan awalan? ( sebagai contoh, saya berpendapat bahawa perkataan MAIN boleh diberi dua imbuhan awalan iaitu BERMAIN dan PEMAIN) Penjelasan lanjut Tuan/Puan tentang imbuhan awalan amat dihargai. Terima kasih.

1. Kata dasar RASA boleh menghasilkan kata terbitan antaranya berasa (bermaksud mendapat rasa di bahagian-bahagian badan) dan merasa (bermaksud mengalami rasa dengan lidah. Rujuk Kamus Dewan, halaman 1290.

2. Kata menjumpa tidak ada dalam penggunaan bahasa Melayu, yang ada ialah berjumpa dan menjumpai. 

3. Setiap kata dasar boleh ada lebih daripada satu kata terbitan/awalan yang sesuai maknanya. Perbuatan bermain dan kata pemain (orang yang bermain) kedua-duanya ada dan membawa maksud yang tidak bersamaan sama sekali. Rujuk Kamus Dewan, halaman 976.

Tatabahasa01.09.2010
12345678910...

Kembali ke atas